Monday, 26 December 2011

bUkA sEkOlAh

Salam..hai sume.hari ni 27 disember...nak dekat da buka sekolah..

tp aq..x..coz this year my last go to school..FoRM 5..

lg 4 hari...18 ..;)..

aq nak kongsi..satu debaran ..menunggu result spm..yg bakal menentukan mana hala tuju ku..

bgla aq kekuatan utk menempuhinya..harap22...ia bakal menggembirakan aq..

Sunday, 25 December 2011

bELi bELah dI sOgO!

Salam..hai..selamat pagi ek..;)
skrg pukul 12..

aQ baru ja balik dr kl..MEMBElI BELAH DI SOGO..;)

dpt beg,gn hand bag..penat ..sume tingkat dipusing..

lama x membeli belah..ni la time nak lepas kan tension..

pas g sog0,g masjid india..gn Ikea.

mcm22 brg ada..rambang mata..bila tgok..hehe..
inyasllh akn dtg aq ajk korang sume beli belah ag..ya..bye22 jumpe ag

Thursday, 22 December 2011

dUriAN -21 dIsEMbER 2o11

Hye sume..hari ni bez sgt22.sume sanak saudara dtg umah..ciap mkn durian ag..almaklumlah musim durian skang ni...lg22 kg aku..ney..sape22 yg berminat dtg la ke sini .aq jamu korang sume..

Tgh syok22..ptg pulak banjir..huhu beria22 nak pindah kat sekolah ..last22 x jadi...coz hujan dah berhenti ..haha..lawak pun ada..ya la beria22 kemas baju..

eSOK pulak..time aq g kl..huhu x sabar wey,,jalan22 tngkan fikiran..korang camne ?.time cuti spm ney bez...no SCHOLLL...SO ..ENJOY YEH YEH..HAAH..

jumpe ag kite nanti..

Friday, 21 October 2011

Raye 2011..;)

sory lambat ek..;)

cOMe Back!

hai..u all..well..lame kita tak bertemu...x byk cerita yg dpt sy coretkan. skrg ni tengah prepare for my spm exam...byk perkara perlu lakukan...mmg penat kelas malam siang malam siang..tp nak buat macam mana..kita harus BERKORBAN...HOPELY THE BEST BEST REZULT..YG SY HARAPKAN 7A..INSYLHH. DLM GENGGAMAN...


WELL..NI PIC SY SEKELUARGA SBLM BG HAJI ;)

Saturday, 27 August 2011

sELMAT aRI RAYE

salam..selmat ari raye ku ucapkan buat sume..kwn22..;)



MAAF ZAHIR BATIN..;)

Saturday, 2 July 2011

kEHINAAN..

assalamualaikum..sekalian...kini kita bertemu lagi..

sesuatu yg sukar diungkapkan..saat kita dalam kesedihan..hnya satu tempat mengadu..iaitu tuhan yg satu...ana rasa diri ana hina sangat22....saat membaca laman 2 yg menceritaka byk perkara....

ISTIMEWANYA WANITA...

1. Doa wanita itu lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah SAW akan hal tersebut, jawab baginda , " Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia."
2. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1000 lelaki yang soleh.
3. Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah .Dan orang yang takutkan Allah SWT akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.
4. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Rasulullah SAW) di dalam syurga.
5. Barangsiapa membawa hadiah (barang makanan dari pasar ke rumah lalu diberikan kepada keluarganya) maka pahalanya seperti melakukan amalan bersedekah.Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.
6. Syurga itu di bawah telapak kaki ibu.
7. Barangsiapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta sikap bertanggungjawab, maka baginya adalah syurga.
8. Apabila memanggil akan dirimu dua orang ibu bapamu, maka jawablah panggilan ibumu terlebih dahulu.
9. Daripada Aisyah r.a." Barangsiapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuannya lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka.
10. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutuplah pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pun pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.
11. Wanita yang taat pada suaminya, maka semua ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan semua beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya serta menjaga solat dan puasanya.
12. Aisyah r.a berkata, "Aku bertanya kepada Rasulullah, siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita?" Jawab Rasulullah SAW "Suaminya." " Siapa pula berhak terhadap lelaki?" Jawab Rasulullah SAW, "Ibunya."
13. Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa di bulan Ramadhan, memelihara kehormatannya serta kepada suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dikehendaki.
14. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah SWT memasukkan dia ke dalam syurga terlebih dahulu daripada suaminya (10,000 tahun).
15. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya,maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah SWT mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebajikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.
16. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah SWT mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah.
17. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.
18. Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.
19. Apabila semalaman seorang ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah SWT memberinya pahala seperti memerdekakan 70 orang hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah SWT.

~Sifat-sifat wanita ahli syurga~

Siapakah wanita yang menjadi ahli Syurga? Apakah ciri-ciri atau sifat-sifat yang menjadi kunci

bagi wanita memasuki syurga? Sebuah hadis Nabi menyatakan: Daripada Anas, Nabi Sallallahu

Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud: "Apabila seorang perempuan mendirikan

sembahyang lima waktu, berpuasa sebulan (Ramadhan), menjaga kehormatan dan taat kepada

suami, dia akan disuruh memasuki syurga melalui mana-mana pintu yang dia sukai." (Hadis

Riwayat Ahmad) Menurut hadis di atas sekurang-kurangnya ia telah menggariskan empat

dasar atau sifat utama yang menjadi teras bagi seorang wanita muslimah memasuki syurga,

iaitu menunaikan kewajipannya kepada Allah dalam makna melaksanakan ibadah-ibadah yang

diwajibkan ke atasnya seperti sembahyang, puasa, dan lain-lain ibadah wajib yang mampu

dilaksanakan. Sebuah hadis menyebutkan bahawa sembahyang adalah perkara pertama yang

akan disoal di hari Kiamat. Daripada Abu Hurairah Radhiallahu Anhu, Nabi Sallallahu Alahi

Wasallam bersabda: "Sesungguhnya perkara yang pertama sekali dikira dari amalan hamba di

hari kiamat ialah sembahyang; sekiranya sembahyang itu sempurna, maka beruntung dan

berjayalah dia, dan sekiranya ia rosak, maka kecewa dan rugilah dia, kalau kewajipan fardhu

masih kurang, Allah berfirman: Lihatlah adakah amalan-amalan sunat untuk menyempurnakan

kekurangan tersebut. Demikianlah seterusnya dengan amalan yang lain" (Hadis riwayat at-

Tirmizi) Disamping menunaikan kewajipan kepada Allah, menunaikan hak dan kewajipan

kepada suami juga merupakan hal yang tidak boleh diabaikan oleh seorang wanita. Tertunainya

hak dan tanggungjawab suami barulah akan turun keredhaan dan rahmat Allah kepadanya. Menjaga kehormatan diri juga merupakan hal yang digariskan oleh hadis di atas. Antara hal-hal yang boleh diketegorikan dalam konteks menjaga kehormatan itu ialah mempunyai sifat pemalu, jika suaminya keluar dia akan menguruskan dan menjaga dirinya dan harta suaminya dengan amanah. Bila suaminya datang kepadanya dia akan menjaga mulut daripada menyebutkan perkataan yang tidak elok didengar. Sebuah hadis Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam menyatakan bahawa: "Sesungguhnya sopan santun dan keimanan adalah saling berkaitan, jika salah satunya dikeluarkan, yang satu lagi juga akan hilang serentak." (Hadis Riwayat Baihaqi) Maksud hadis ini ialah jika kesopanan atau sifat malu sudah hilang, iman juga akan hilang bersama-samanya. Betapa besarnya pengaruh antara kesopanan dan keimanan kepada diri seorang wanita itu, Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam menegaskan dengan sabda baginda: "Apabila sesesorang itu terlibat dengan penzinaan, ia bukan lagi seorang beriman, apabila seseorang itu mencuri ia bukan lagi seorang beriman, apabila seseorang itu meminum arak ia bukan lagi seorang beriman, apabila seseorang itu menyelewing setelah diberi amanah oleh orang lain ia bukan lagi seorang beriman, dan apabila seseorang diantara kamu menipu ia bukan lagi seorang beriman, oleh itu berjaga-jagalah!" Taat kepada suami merupakan satu lagi sifat wanita yang digambarkan oleh hadis yang dipaparkan di awal makalah ini. Taat kepada suami adalah tanggungjawab isteri yang wajib di sempurnakan. Sebuah hadis yang diriwayatkan oleh al-Imam Bazzar Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda: "Kamu sampaikan kepada perempuan yang kamu jumpa, bahawa taat kepada suami, dan mengakui hak-hak suami, sama pahalanya dengan berperang dan bertempur dengan musuh-musuh Islam di medan pertempuran, tetapi sedikit sangat daripada isteri-isteri yang menyempurnakan hak-hak suami mereka." (Hadis riwayat Al Imam Bazzar) Isteri adalah pusat dan sumber kebahagiaan dan ketenteraman di dalam sebuah rumahtangga. Ia perlu mempunyai sifat-sifat sabar dan perhatian yang sepenuhnya kepada suami dan juga anak-anak. Sikap inilah yang boleh mewujudkan suasana yang tenang, aman dan damai dalam rumahtangga. Dalam hal ini, para isteri sayugialah akan sentiasa bersikap baik kepada suami. Saidina Abu Bakar Radhiallahu Anhu meriwayatkan bahawa Rasullullah Sallallahu Alaihi Wasallam pernah bersabda: "Seorang wanita yang menyakiti hati suami dengan lidahnya, dia mendatangkan celaan dan kemurkaan Allah, para malaikat dan umat manusia." Selain itu, Saidina Ali Radhiallahu Anhu meriwayatkan sebuah hadis mengenai setiap isteri yang tidak menghormati status suaminya. "Wanita yang berkata kepada suaminya yang tidak melihat apa-apa kebaikan pada suaminya, Allah menghapuskan segala perbuatan baiknya selama 70 tahun, walaupun dia berpuasa selama itu siang hari dan bersembahyang pada malamnya." (Hadis Riwayat Imam Majah dan An-Nasai) Berdasarkan huraian ringkas di atas, para wanita semestinyalah mengamalkan sikap taat dan bertakwa kepada Allah, bertanggungjawab kepada suami dan menjaga kehormatan dirinya. Semoga dengan itu, akan mudahlah mereka mendapat rahmat dan keredhaan Allah. Rahmat dan redha Allah itulah yang akan menjamin kebahagian hidupnya di dunia dan di akhirat.

~Ciri-ciri Pakaian Wanita Islam~
Pakaian itu mesti-lah menutup aurat , sebagaimana yang di-kehendaki syrari'at Islam Tudung kepala, hendak-lah di-labuhkan sehingga ke-paras bawah dada. Bersarung kaki / berstokin untuk menutup aurat bahagian kaki. Pakaian tidak terlalu nipis, ketat dan sempit. Warna pakaian suram atau gelap seperti kelabu, hitam, biru tua, hijau tua. Tidak boleh berwarna-warni, berbunga-bunga menarik dan tabarruj. Pakaian tidak di-kenakan wangi-wangian , kecuali ketika bersama suami di-rumah. Tidak berhias-hias, bermake-up, bergincu bibir ketika keluar rumah, kecuali bersama suami di rumah. Juga tidak bergelang-jurai emas, ketika keluar rumah semacam hendak menunjuk-nunjuk. Pakaian tidak menyerupai kaum lelaki ataupun wanita kafir / musyrik. Jika keluar berjalan jangan-lah memakai kasut bertumit, sehingga berberbunyi keletok-keletok yang boleh mengganggu ketenteraman kaum lelaki. Jika berjalan , jangan di-lenggang-lenggokkan badan serta gaya berjalan yang juga boleh mengganggu ketenteraman kaum lelaki.

~Wahai Wanita~
Ketahui lah anda adalah tamsilan kepada keindahan, namun begitu anda jua adalah tamsilan kepada kerosakan & kemusnahan. Tuhan menjadikan wanita untuk menghiasi bumi ini. Tanpa wanita dunia ini terasa sempit & tidak seronok untuk didiami. kaum lelaki akan berasa rimas sebagaimana Nabi Adam A.S. pernah dilanda gelisah meskipun hidup dipenuhi kenikmatan di syurga. Lalu baginda memohon kepada tuhan agar dijadikan seorang teman agar boleh dia berbicara, bergurau senda & membina sahsiahnya. makan terciptalah Siti Hawa dari tulang rusuk kiri Nabi Adam A. S. & segala kenikmatan syurga disekeliling terasa wujud...
Tanpa Permaisuri siapakah lelaki yang digelar raja ,
Tanpa isteri siapalah lelaki yang digelar suami
Tanpa wanita siapakah lelaki yang mahu digelar pemimpin.
Tanpa perempuan siapakah lelaki yang digelar ayah...
Seorang wanita terutama yang bergelar isteri cukup mudah untuk memasuki syurga tetapi seorang wanita juga amat mudah dilemparkan ke neraka . segalanya bergantung kepada agamanya..
Lihatlah Peranan Wanita-Wanita Ini..
Tanpa Siti Khadijah , barangkali Rasulullah S.A.W. tidak mendapat 'dorongan' yang amat diperlukan untuk terus bangkit , berpegang teguh kepada keyakinannya & menyebarkan Islam sebagaiman semestinya.
Tanpa Aishah , barangkali banyak hadis Rasulullah S.A.W. tidak sampai kepada umat islam seluruhnya.
Tanpa Fatimah Az-Zahrah, barangkali Sayidina Ali tidak muncul sebagai menantu Rasulallah S.A.W. yang amat disayangi.
Tanpa Asiah, barangkali Nabi Musa A.S. tidak terbela hingga menjadi penentang kepada suaminya yang amat kufur & mengaku tuhan itu.
Tanpa Masitah , barangkali tidak terbukti betapa wanita boleh berpegang teguh kepada keimanan meskipun maut didepan matanya.
Tanpa wanita , siapalah lelaki kerana setiap lelaki datangnya dari perut wanita...
Lihatlah Pula Peranan Wanita-Wanita Ini..
Seorang wanita yang menjadi isteri kepada Nabi Nuh A.S. telah bertukar menjadi seorang penentang kepada kebenaran,
Seorang wanita di zaman permulaan Islam sanggup melapah dada Sayidina Hamzah & menguyah hatinya,
Seorang wanita tergamak meletakkan najis unta ke kepala Rasulullah S.A.W. Serta dalam sejarah manusia sejagat ramai wnaita menjadi pendorong kepada kemaksiatan, kekufuran, kehancuran & kemusnahan lelaki.

10 ORANG ISLAM YANG KEJAM

Sufyan Atsauri berkata: "Sepuluh macam daripada kekejaman ialah:
1. Seorang yang berdoa untuk dirinya sendiri, dan tidak mendoakan untuk anak-anaknya dan kaum mukmin.
2. Seorang yang pandai membaca Al-Quran, tetapi tiap harinya tidak membaca seratus ayat.
3. Seorang yang masuk masjid lalu keluar dan tidak sembahyang dua rakaat.
4. Seorang yang berjalan melalui kuburan kemudian tidak memberi salam dan mendoakan ahli kubur.
5. Seorang yang sampai di suatu kota pada hari Jumaat kemudian tidak sembahyang jemaah.
6. Seorang yang di daerahnya didatangi oleh seorang alim, tiba-tiba tidak mahu belajar apa-apa daripadanya.
7. Dua orang yang bertemu di perjalanan dan masing-masing tidak menanyakan nama kawannya itu.
8. Seorang diundang pada jamuan tiba-tiba tidak datang.
9. Pemuda yang tidak ada kerja dan tidak mahu belajar ilmu dan kesopanan.
10. Seorang yang kenyang sedang dia tahu bahawa tetangganya lapar, tetapi tidak diberi dari makanannya itu

Pengakuan Lelaki Terhadap Wanita

Kami sulit menahan pandangan mata kami
ketika melihat kalian,
apalagi jika kalian diamanahkan Allah
kecantikan dan postur yand ideal,
kami semakin susah untuk menolak agar tidak melihat kalian,
kerana itu lebarkanlah serta longgarkanlah pakaian kalian
dan tutupilah rambut hingga ke dada kalian dengan kerudung yang membentang.


Kami sulit menahan pendengaran kami
ketika berbicara dengan kalian,
apalagi jika kalian diamanahkan oleh Allah
suara yang merdu dengan irama yang mendayu
kerana itu tegaskanlah suara kalian
tatkala berbicara di berhadapan dengan kami
dan berbicaralah seperlunya sahaja.


Kami juga sulit menahan
bayangan-bayangan hati kalian,
ketika kalian dapat menjadi
tempat untuk dicurahkan segala isi hati kami,
waktu luang kami kadangkala akan sering terisi
oleh bayangan-bayangan kalian,
kerana itu janganlah kalian membiarkan kami
menjadi curahan hati bagi kalia

Kami tahu kami insan lemah
bila harus berhadapan dengan kalian,
kekerasan hati kami dengan mudah bisa luluh
hanya dengan senyum kalian,
hati kami akan bergetar
ketika mendengar dan melihat kalian menangis.

Sungguh ALLAH telah memberikan amanah terindah kepada kalian,
maka jagalah amanah itu
jangan sampai ALLAH murka dan memberikan keputusan-Nya.

Maha Besar dan Maha Suci Allah yang tahu
akan kelemahan hati kami ini,
hanya dengan ikatan yang suci dan yang diredhai-NYA,
kalian akan menjadi halal bagi kami

CInTa..? PErlu ker...

Salamullahi alaikum warahmatuhu wabaraktuh...Apa Kabar Cihat ka?..
bgi Pljar Unisza..Skarang Mggu Exam...Smoga Trbaik la..hehe..najah2..
..Baik dalam Penulisan kali nie,,suka sya untuk Mnceritakan Perihal cinta/...ramai sekarang Jika tgok kat Lamn Fb..Mcm2 Wat..ada yg IN RElation SHip la..Open relation la...Complicated la..Kadang2 duk xduk tgok2 dah married...Allahuakbar..Bgitu Mudah dan Benar Upanya Kita Skrang Mlafazkan Cinta...baik Disisni Ada lah Pkogsian Skit Untuk Antum..Yg sya Tulis Skit amik kat orang ckit Dalam KIta Pham Apa itu cinta,,,,Ce Baca tgok lahh........

Cinta...... ? cinta, suatu perasan yang sukar digambarkan melalui kata-kata. Ia hanya dapat dinikmati secara mengalaminya sendiri. Cinta tidak dapat dipelajari tetapi dialami. Uniknya cinta kerana ia jelmaan kasih sayang yang teragung. Sekiranya cinta sudah tiada di hati anda , tandanya salah satu nikmat Allah telah tercabut daripada anda, sedangkan cinta adalah nikmat teragung Allah terhadap hambaNya. Jika anda sudah tidak dapat menghargai cinta tandanya nilai kemanusiaan anda sudah mula terhakis. Ketiadaan cinta di hati anda bakal merubah seluruh kehidupan.Dari Abu Hurairah r.a. katanya Rasulallah s.a.w bersabda " sesungguhnya Allah Taala berfirman pada hari kiamat kelak; mana orang-orang yang saling mencintai kerana keagungan ku ? hari ini ku naungi mereka , dimana tidak ada naugan yang lain selain naungan ku.Iktibarlah dari keutuhan cinta ini. ia kekal abadi & suci.
Cinta Allah yang maha pencipta itu tidak memilih siapa, rupa , gaya & bagaimana keadanya .Cintanya boleh direbut oleh sesiapa saja. Cinta yang tidakpernah luput walau sesaat malah berkekalan terus. Bandingkan lah dengan cinta manusia yang biasanya bermusim & ada batasnya. Sewaktu disenangi dicintai apabila jemu @ benci "
selamat tinggal " hadiahnya. Namun begitu dalam hidup setiap manusia pastinya ingin disayangi & menyayangi , itulah fitrah semulajadi setiap insani namun ramai diantara kamu yang tewas kerana cinta....
Bercinta itu tidak salah tapi memuja cinta itu yang salah, kerana cinta manusia sanggup menjual agama & kerana cinta maruah tergadai. Ketahuilah ....gejala murtad serta keruntuhan moral muda-mudi sebahagian besarnya kerana sebuah cinta.... benarlah kata-kata " cinta itu buta " cinta itu mampu membutakan mata & hatimu dalam membezakan perkara yang hak dan yang batil apabila kau meletakkan cinta itu atas dasar nafsu & tidak kerana Allah SWT....
Sebelum kau mendekati cinta .... cintailah dirimu terlebih dahulu , mengkaji hakikat kejadianmu yang begitu simbolik , yang berasal dari setitik air yang tidak berharga lalu mengalami proses pembentukan yang direncanakan oleh Allah... semoga di sana mampu melahirkan rasa keagunan & kehebatan terhadapNya & timbul rasa cinta & kasih pada pencipta mu..... Mencintai Allah & rasul melebihi cinta terhadap makhluk adalah cinta yang hakiki & abadi kerana hati yang pecah & retak apabila diberikan kepadaMakhluk pastinya akan bertambah retak & terburai tetapi apabila hatimu diserah kepada Allah sudah pasti ia akan bertaut kembali ....
Dalam seusiamu sibukkan lah dirimu dengan ilmu yang mampu mempertajamkan akal & mampu membina syakhsiah muslimah mu...... sesungguhnya ilmu itu cahaya & ilmu tidak mampu bertapak dalam hati orang yang melakukan maksiat. " Cintakan manusia itu tidak mewujudkan kebahagian yang abadi untuk seseorang insan , kerana ia tidak kekal , cintakan manusia seringkali membuat seseorang itu gagal , kecewa, menderita & tidak ada suatu cinta pun yang dapat membuahkan kebahagian & kenikmatan yang kekal abadi kecuali
cinta kepada pencipta manusia itu sendiri " kata-kata Rabiatul Adawiah.
Namun Cinta mampu menjadi motivasi terbaik bagi manusia. Tiadalagi suatu rasa pun yang boleh memotivasi manusia kecuali rasa cinta & bahagia. Dengan cinta gunung kelihatan rendah untuk didaki. Dengan bahagia lembah kelihatan cetek untuk dituruni.
Bercintalah sehebat manapun , selagi tidak membuahkan kebodohan sebagaimana Laila terhadap Majnun , serta pasangan Romeo & Juliet . Cinta ibarat cahaya, bukan pencetus masalah dan pembawa derita. tidak perlu berkorban kehormatan untuk cinta kerana cinta yang benar-benar suci dan semulajadi menjadikan pemiliknya bertambah matang, dewasa beriman malah berperibadi mulia.
Jika cinta dijelmakan dalam diri ia begitu memotivasi. Jika diberikan kepada seseorang, ia ibarat menghadiahkan sebukit emas untunya.Jika dijelmakan dalam rumah tangga, jawapanya adalah kerukunan & persefahaman yang berpanjangan
xKisah La apapon yg pnting..dalam CinTa satU Anda PerlU FIkIr..Capaikah MatLmat Hidup Anda?
dan Adakah Berbaloi Untuk Diri Anda dan Kluarga...Jgn Biarkan Maruah TRcalar Krana Cinta Yg KOtor Walupon Asalnya Sgt SUCI...

3 golongan yang tidak diterima Allah Ta'ala untuk masuk ke syurga

"3 golongan yang tidak diterima Allah Ta'ala untuk masuk ke syurga, kemudian ditanya kepada nabi apakah golongan itu, maka nabi menjawab 1. Orang-orang kaya menginfaqkan ( sedekah ) sebahagian hartanya di jalan allah, tetapi tidak ikhlas. 2. Orang-orang yang berjihad di jalan Allah, mahupun perang atau sebagainya. 3. Orang-orang alim ulamak yang menyampaikan ilmu itu tetapi tidak ikhlas kerana Allah ta'ala"
Jadi sahabat dan sahabiah yang dirahamtilah Allah sekalian dapat kita renungkan betapa besar ikhlas tu perlu wujud pada hati masing. Syaitan sentiasa merasuk diri anda supaya mengkianati Allah Ta'ala. oleh itu sentiasalah menyucikan jiwa anda dari perasaan hasad dan dengki serta riak yang membinasakan diri kita di akhirat kelak.

WAJIB DIBACA! kepadasesiapa yang bernama wanita ISLAM!!!

Kebanyakkan perempuan/wanita/ muslimah (wanita Islam) tak berapa perasan ATAUlebih malang lagi jika memang tak tahu menahu akan perkara ini...
Ilmu Fekah, khususnya BAB HAID yang berkaitan dengan diri wanita itu sendiri amat kurang dikuasai atau difahami secara menyeluruh oleh kebanyakkan wanita Islam...kenapahal ini boleh terjadi??

Amat susah untuk mencari seorang guru/ustazah/ ...yang betul-betul pakar dalam bab 'Orang-orangPerempuan ini' kecuali terpaksa@mesti dirujuk kepada lelaki/ustaz- ustaz yang bernama LELAKI jugak...(saya rasa ramai yang bersetujudengan pandangan saya ini)
Contohnya saya yang paling simple ; bila ditanya kepada kebanyakkan wanita Islam ;"adakah wajib bagi seorang wanita Islam menqhada'kan solat mereka yang ditinggalkan ketika haid?" pastinya kita akan mendengar jawapan daripada kebanyakkan mereka mengatakan:
"alaa...itu soalan mudah jee..bila datang period' maka solat tuu tak perlu qadha, yang perlu qadha hanya puasa jee..itulah yang mereka belajar sejak mula-mula'bergelar wanita' dulu"

Jika dibuat pantauan nescaya jawapan seperti di ataslah yang akan kita jumpa...
Sebenarnya TAK SEBEGITU MUDAH bagi seorang muslimah nak meninggalkan solat mereka walaupun dirinya didatangi haid!!! sekalipun.
Hal ini boleh dirujuk di dalam kitab Ihya' Ulumuddin karangan Hujjatul Islam Imam Al-Ghazali yang mashur. Kitab yang padanya ada ilmu yang berkaitan Tasauf dan padanya juga perbahasan Fekah yangluas, inilah bukti kehebatan ulama' terdahulu.
Dalam BAB TIGA :" Fi adab Mua'sharah Wama Yujzi Fi Dawamun Nikah..."perkara YANG KETUJUH disebut dengan jelas dalam kitab tersebut :

PERKARA YANG BERKAITAN DENGAN HAID:

Penjelasan (bayan) terhadap solat yang perlu diqadha bagi perempuan yang didatangi haid :

1. Jika perempuan dalam keadaan haid mendapati darah haid itu berhenti (dengan melihatnya) sebelum masuknya waktu Maghrib, kira-kira sempat dia solat asarsebanyak satu rakaat, maka baginya wajib qadha solat zohor dan asar.

2. Jika perempuan mendapati darah haidnya kering sebelum masuknya waktu subuh, kira-kira sempat baginya solat Isya' sebanyak satu rakaat, maka wajib baginya qadha solat maghrib dan Isya'.

"Dan hal ini (qadha solat yang ditinggalkan semasa haid) adalah sekurang-kurang perkara yang wajib diketahui oleh setiap wanita Islam" (Imam Al-Ghazali)

HURAIAN MASALAH :

1. Kenapa perlu diqadha solat Asar dan Zohor?- Kerana perempuan itu hanya menyedari keringnya haid masih dalam waktu Asar,maka baginya wajib solat asar (selepas mandi hadas)

2. Kenapa pula solatZohor juga perlu diqadha sama?- Kerana di dalam hukum menjama' (menghimpun solat bagi orang musafir) solat Asar boleh dijama' dan diqosarkan bersama solat Zohor.

- Kerana kecuaian wanita itu sendiri (dari melihat haidnya kering atau tidak), boleh jadi haidnyasudah kering dalam waktu Zohor lagi, langkah Ihtiyat (menjaga hukum) maka perempuan itu juga perlu mengqhada solat Zohor.

3. Dalam perkara solat subuh pun sama :-perempuan itu hanya menyedari darah haidnya kering, sebelum masuk waktu subuh,kira-kira sempat solat Isyak satu rakaat (selepas mandi hadas) maka wajib baginya solat Isya' sebab darahnya kering masih dalam waktu Isya'.

-Solat Isya' juga boleh dijama' (bagi musafir) dengan solat Maghrib, maka baginya juga perlu diqadha solat maghrib.-Di atas kecuainnya (tidak betul-betul melihat darahnya kering atau tidak dalam setiap waktu solat) maka boleh jadi darahnya sudah kering dalam waktu maghrib lagi (sebab proses keringnya darah itu berlaku secara perlahan-lahan, mungkin perempuan itu hanya menyedarinya dalam waktu subuh, hakikatnya proses pengeringan itu sudah lama berlaku)

-maka langkah ihtiyat (menjaga hukum) maka adalah bagi perempuan itu perlu diqadha juga solat maghribnya.

hamba...

yA ALLAH...
SEsungguhnya aku adalah hambamu yg lemah.,...
terlalu bnyk dugaanmu terhadapku yaALLAH YA RABB...
BANTULAH HAMBAMU YG LEMAH INI dalam meniti kehidupan yg penuh onak duri....
hamba memohon ya ALLAH...
pernah sekali terdetik juga di hatiku untuk berputus asa namun KU tabahkan hatiku juga KERANA kU PERCAYA SETIAP DUGAAN yg KAU berikan sudah pasti ad hikmahnya...
dan ku juga percaya bahawa KAU sentiasa ad di sisi setiap hambamu yg lemah....
semoGA setiap DUGAAN hidup yg KAU berikan kepadaku akan ku tempuhi dengan ikhlas dan tabah,,,,
amin YA RABBAL ALAMIN....
berilah aku ketenangan untuk menyempurnakan tugas tobur..
setiap yang berlaku adalah ketentuanNya.. :)
yA ALLAH..sesungguhNya aku tak mampu menjadi yang sempurna,
berilah kepada akhowat2 majmuahku menyenangi apa saja kemungkinan yang akan berlaku kemudian hari..
moga segala perancangan majmuah kita berjalan lancar.
segala kekurangan adalah kelemahan Nur Syahira n kita semua sebagai hambaNya...
hamba memohon ya ALLAH...tabahkan hatiku..
man jadda wa jada, waman zaroa' hasoda.. ^_^

10 wasiat Imam Hassan al- Banna ..

# Bangunlah solat apabila telah masuk waktu azan
# 2. Bacalah Al-Quran, amalkan zikrullah setiap saat dan dengarlah perkara yang baik.
# 3. Berusaha guna bahasa Arab kerana itu syiar Islam
# 4. Jangan banyak bertengkar. Pertengkaran kosong tiada membawa faedah
# 5. Jangan banyak ketawa. Hati yang banyak berhubung dengan Allah akan merasa tenang
# 6. Jangan berlebihan dalam bergurau
# 7. Jangan bercakap nyaring melebihi kadar yang harus didengar oleh pendengar
# 8. Jauhi mengumpat peibadi orang lain
# 9. Berkenal-kenalan lah sesama Muslim
# 10. Kewajipan mengatasi waktu yang ada

Saturday, 25 June 2011

pHoTO-aQ

pEAch!!

sIApakAh orAng y Paling SiBUK,Miskin,Rugi Cantik,Kaya,Pelik ????

Siapakah orang yang sibuk?
> Orang yang sibuk adalah orang yang suka
> menyepelekan waktu sholatnya
> seolah-olah ia mempunyai kerajaan
> seperti kerajaan Nabi Sulaiman a.s
> Maka sempatkanlah bagimu untuk
> beribadah…………..dan bersegeralah!
>
> Siapakah orang yang manis senyumanya?
> Orang yang mempunyai senyuman yang
> manis adalah orang yang ditimpa
> Musibah lalu dia berucap “Inna lillahi
> wainna illaihi rajiuun.” Kemudian
> berkata,”Ya Rabb, Aku ridho dengan
> ketentuanMu ini”, sambil mengukir
> senyuman. Maka berbaik hatilah dan
> bersabar……………
>
> Siapakah orang yang kaya?
> Orang yang kaya adalah orang yang
> bersyukur dengan apa yang ada dan
> Tidak lupa akan kenikmatan dunia yang
> sementara ini. Maka bersyukurlah atas
> nikmat yang kau terima dan
> berbagilah…….
>
> Siapakah orang yang miskin?
> Orang yang miskin adalah orang tidak
> puas dengan nikmat yang ada
> Selalu menumpuk-numpukkan harta. Maka
> janganlah kau menjadi kikir juga
> dengki………..
>
> Siapakah orang yang rugi?
> Orang yang rugi adalah orang yang sudah
> sampai usia pertengahan
> namun
> masih berat untuk melakukan ibadat dan
> amal-amal kebaikan.
> Maka hargailah waktumu dan
> bersegeralah…………..
>
> Siapakah orang yang paling cantik?
> Orang yang paling cantik adalah orang
> yang mempunyai akhlak yang
> baik. Maka peliharalah akhlakmu dari
> dosa dan
> noda………………………..
>
> Siapakah orang yang mempunyai rumah yang paling luas?
> Orang yang mempunyai rumah yang paling
> luas adalah orang yang mati
> Membawa amal-amal kebaikan dimana
> kuburnya akan di perluaskan sejauh mata
> memandang. Maka beramal shalehlah
> selagi sempat dan mampu……………
>
> Siapakah orang yang mempunyai rumah yang sempit lagi dihimpit?
> Orang yang mempunyai rumah yang sempit
> adalah orang yang mati tidak
> membawa amal-amal kebaikkan lalu
> kuburnya menghimpitnya. Maka ingatlah
> akan kematian dan kehidupan setelah
> dunia…………
>
> Siapakah orang yang mempunyai akal?
> Orang yang mempunyai akal adalah orang-
> orang yang menghuni syurga
> Kelak,karena telah menggunakan akal
> sewaktu di dunia untuk menghindari
> Siksa neraka. Maka peliharalah akal
> sehatmu dan pergunakan semaksimal
> mungkin. Untuk mengharap ridho-
> Nya…………..
>
> Siapakah org yg PELIK ?
> Orang yg pelik ialah org yg membiarkan
> atau pesan ini begitu
> saja, malah dia tidak akan menyampaikan
> kepada org lain.
> Maka sampaikanlah kepada yang lain
> sedikit berita gembira ini selagi
> sempat, karena tiada ruginya
> bagimu………..

pEtuA pElajR cEMERlang

Berikut merupakan petua-petua dan ciri-ciri yang ada pada pelajar cemerlang, dari Dr Fadzilah Kamsah. Pelajar cemerlang akan:

1. Menggunakan kedua-dua belah otak kanan & kiri. Ini dapat dilakukan dengan membuat aktiviti merangsang kedua-dua belah otak tersebut.
2. Merangsang kesemua deria dalam pembelajaran. Kajian menunjukkan bahawa:
* kita ingat 10% apa yang dibaca
* kita ingat 20% apa yang didengar
* kita ingat 50% apa yang didengar & dilihat
* kita ingat 70% apa yang dicakapkan
* kita ingat 90% setelah dipraktikkan
3. Belajar secara aktif dengan pen/pensil ditangan.
4. Belajar 3 jam sehari atau 20 jam seminggu (tidak termasuk kerja rumah
# Belajar dalam persekitaran kondusif.

* pastikan cahaya adalah terang
* kurangkan gangguan bunyi
* tampal poster yang mengandungi slogan yang menaikkan semangat belajar
* tampal gambar-gambar yang menenangkan fikiran
* kerusi dan meja menghadap kiblat
* jangan lupa untuk senyum

# Tidak ponteng kelas. Kalau tertinggal kelas, salin nota dari rakan.
# Mengulang kaji menggunakan kaedah 'output learning' iaitu belajar untuk melatih otak menggunakan maklumat yang terkumpul. Ini dapat dilakukan dengan membaca buku/nota, ingat kembali, lakar/tulis, sebut apa yang difahami, dan jawab soalan.
# Tahu teknik merangsang memori:

* memasukkan maklumat dalam memori (registration)
* menyimpan maklumat dalam sel memori (retention)
* mengingat kembali (recall)
* menggunakan maklumat untuk menjawab soalan atau kegunaan lain (application)

# Sentiasa awal dan mendahului:

* persediaan awal akan memberikan permulaan yang baik dan memberi tanggapan yang positif pada guru.
* pelajar yang mendapat A pada ujian lazimnya akan dapat mengekalkan kejayaannya.
* belajar awal ketika tiada tekanan adalah tidak membosankan.
* untuk sentiasa awal dan mendahului, bacalah dahulu sekali atau 2 kali sebelum guru mengajar.

# Berbuat baik dengan guru. Setiasa hormati dan sayangi guru.
# Mempunyai teknik membaca yang betul:

* duduk dengan tegak & bernafas dengan betul
* memberikan tumpuan sepanuhnya
* menggunakan jari telunjuk untuk membaca
* menyesuaikan kelajuan membaca dengan kesukaran bahan bacaan

# Sentiasa mengawasi pencuri waktu belajar iaitu angan-angan kosong, bertangguh & malas.
# Membaca doa penerang hati setiap kali selepas sembahyang, sebelum mengulangkaji, dan sebelum menghadapi peperiksaan.
# Tidak membuang masa dengan belajar ketika letih.
# Mengadakan rehat sebentar setiap 20 minit mengulangkaji.
# Belajar mengikut waktu yang sesuai dengan diri (study according to your biological clock). Bagaimanapun, perlu tahu waktu-waktu yang sesuai untuk belajar iaitu sebelum tidur, selepas bangun tidur, selepas mandi air panas, selepas baca al-quran/zikir selepas riadah dan selepas berdoa.
# Mengulang kaji secepat mungkin. Ulang kaji ringkas selepas belajar (kita akan lupa 80% selepas belajar).
# Mengulang kaji secara bersendirian atau berkumpulan.
# Tahu mengulang kaji adalah aktiviti pembelajaran terpenting sebelum peperiksaan.
# Mengulang kaji pelajaran berulang-ulang kali.
# Mengulang kaji apabila mulai terlupa.
# Tahu petua mengulang kaji:

* cari tempat yang tenang dan serasi dengan jiwa kita
* siapkan semua 'bekalan' dengan sempurna
* duduk tegak dikerusi yang selesa
* baca doa penerang hati
* baca buku atau nota mengikut teknik membaca yang betul
* fikir dan ingat kembali isi utama
* catat/lakar
* semak semula ketepatan maklumat
* ulang sebut atau ceritakan pada orang lain
* buat rumusan
* jawab soalan
* tampal maklumat yang rumit di dinding
* baca doa tanda kesyukuran selepas belajar

# Tahu memberi ganjaran kepada diri sendiri selepas beajar seperti membaca surat khabar, melawat rakan dan sebagainya.
# Tahu petua-petua agar tidak lupa:

* jangan makan kepala ikan
* jangan makan organ dalaman
* jangan minum semasa makan
* jangan minum atau makan makanan yang tercemar oleh semut
* jangan melihat kemaluan
* jangan melihat buih
* jangan membaca nama pada batu nisan
* banyakkan makan makanan yang mengandungi soya seperti tempe, tauhu dan lain-lain
* banyakkan makan kismis, kurma dan madu
* banyakkan makan kekacang
* pakai minyak wangi ketika belajar atau menghadapi peperiksaan
* jangan makan sehingga terlalu kenyang
* jangan kencing berdiri

# Tahu kemahiran mengingat:

* tampal nota-nota penting di dinding
* tukar perkataan, ayat atau definisi dalam bentuk gambar atau rajah
* gunakan kaedah akronim
* reka cerita atau ayat mengenai konsep yang perlu diingat
* pecahkan maklumat kepada kumpulan kecil

# Cekap mengatur jadual belajar:

* mempunyai jadual belajar
* patuh kepada jadual
* buat jadual yang boleh diikuti

# Tidak menangguh belajar pada saat akhir dan tidak menumpukan peperiksaan sebagai dorongan untuk belajar.
# Cari maklumat mengenai subjek yang tidak diketahui. Sediakan perkara-perkara yang tidak diketahui dan dapatkan penyelesaian dari orang yang lebih arif.
# Membina kepelbagaian dalam pembelajaran. Sebagai contoh, satu hari dipelbagaikan cara dan topik untuk belajar.
# Menggunakan masa terluang untuk mengulang kaji atau mencuri masa.
# Membawa nota ke mana-mana sahaja (kecuali ke tandas).
# Pelbagaikan tempat belajar.
# Menyedari guru-guru adalah sumber ilmu yang baik. Tanya guru apabila tidak faham
# Menjadikan nota-nota menarik seperti membuat corak, menggariskan isi penting dan sebagainya.
# Ciri-ciri pelajar cemerlang:

* taat kepada Allah
* mendirikan sembahyang
* menghormati kedua ibu bapa dan sentiasa mendoakan mereka
* hormati & sayangi guru
* bersungguh-sungguh dalam melakukan kerja untuk mencapai kecemerlangan.
* suka pada setiap mata pelajaran yang dipelajari
* membantu rakan yang memerlukan
* berdoa dan bersyukur kepada Allah
* sentiasa bertawakal
* mahir dalam setiap mata pelajaran

Friday, 10 June 2011

whOA..

today is saturday..hari cuti ni mcm22 perkara yg boleh dibuat kan?.sprti aq..rase happy sgt ..;)..bila ramai sedara balik..lg2 ade baby ..lgi la sukew.

sume possing bergaya..terutama hari keluarga baru ney..

ni pakcik aq yg pakai cermin mata hitam ..whoa,,bergaya haha..yg kecik tu sepupu ..comey kan..?


ni pulak..anak sedra..namanya hakim rozal..kecik lg ..ayahnye daa ajar maen ..cpat 22 flash ..






aq bersama keluarga bergerak pg pantai.amik udara segar..di pantai..mmg menyeronokkan..semua pakat 2 akat anak masing hha



aq bersama keluarga bergerak pg pantai.amik udara segar..di pantai..mmg menyeronokkan..semua pakat 2 akat anak masing hha

Thursday, 9 June 2011

cINtaN..

sebut je..bab cintan..atau perkataan sinonim..cinta atau pun love..x pernah lari dr terjatuh cinta..kan?

beselah dlm idup ni..perlu kan pasangan..dan mmg stiap manusia ada pasgn..
yakin la ade pasangan..

kata org cinta itu buta..sprti cite yg pernah aq tgk ..cinta pada seorang yg buta penglihatan..ramai sekarang ade mata,..tp x nak gune gn baik..tgk benda x elok..cinta pada nafsu kan?.malu pada org yg buta penglihatannya..

cinta..
terutamanya zaman remaja..
x kira form bape pun..ade jew yg couple atu istilah pakwe makwe..
pd pandagan aq..watpe la..susah kan diri..bab study pun lum cemerlang da sibuk22 cintan..maaf la lau sekalian x bersetuju dgn pendapat aq..nih

masa kat u..barula kira ok..tp jaga diri..spy x terjebak kpd perkara yg x baik..sperti kes rogol..khalwat.

lau zaman dulu ..senang je..kawin...x de cintan22 ni
umur belas22 da kwin..cinta pas kawin.x timbul masalah lebih batasan pergaulan...jauh diri dr maksiat..

you know...

Fri[end], Boyfri[end] Girlfri[end], everything has an [END] except for Fam[ily] ♥ and to the man we will someday have W[ife]... IFE= infinity forever ever after!

tReND

hai..chat sume? harap2 sehat..
lau x sehat pg klinik jgn tangguh22..;)

perempuan..asal,,,.Hawa ..di jadikan dr tulang rusuk ADAM

tp sekrang risau dubuatnye bila tgk perempuan zaman ni..makin menjadi2..
bagai tiada perasaan MALU!..

aurat perempuan..ys sbnrnya hyna tapak tgn dgn muka ja bleh dilihat..yg lain NO!! boleh buka tp tanggung sendiri dosa..

trend sekarang ..

sanggul..( nampak bentuk rambut)
tudung singkat..(nampak btk dda )
tudung jarang.(nampak leher)
seluar jean..(nampak bentuk pggul..kaki)
baju ketat..(nampak bentuk badan)
pin kan tudung belakang leher..( sperti mubaligh kristian)

semua ini...nampak remeh..tp ia berat.

ingatlah kaki anda aurat..so beljar pakai sarung kaki..begitu juga tangan..

Friday, 3 June 2011

aPE NAk bUAt ?.

ape nak buat cuti ni yerk?..hha ..byk persoalan menerawang di minda aq nih..korang pasti da buat jadual tuk cuti sekolah ni..bila pikir balik..ni last aq skolah..last la merasa cuti sekolah..haha..lenlah lau cikgu kan?.

balik dr kem..kwn22 aq ade yg kata..duk umh je..pengalaman cuti ni aq nak habiskan ..byk la aq boleh coretkan kat blog ni...pas ni mungkin busy ..pekse spm lagi bape bulan je lagi..huhu..tolak campur..haha..tinggal bape ari lagi?..

sekarang ni..pukul 11.30 pg..
tengah duduk di ruang tamu smbil men laptop ni..tv pun bukak..sekali..biar..buat bising sikit..x le sunyi..n boring..

anda camne cuti ?..da planning ka belom?..

aq?..memikirkn kerja sekolah yg menanti disiapkan ..haha..rase mcm indu pulak kat sekolah haha...jgn pikir222....kang tension...;)

cUTi2 mALAYSIA

OPP..pejam celik pejam celik da bulan 6 kan?..huhu cepat betoi,,masa berlalu..pas kem ni..aq akan menghadapi dunia baru haha..beznye ..x sabar nak family day..hari ahad ney.and pastinya anda semua pun pasti melalui sprti aq,,ya mungkin berlainan tempat,,bez nye cuti sekolah ni..bile da tamat..alamak..byak kerja skola ..jgn luper..ingat dunia ..lagi2 yg amik pekse tahun ni..sama ada pmr ke spm ker upsr..

sape22..yg ade soalan spot spm..sila post..kita kongsi okeh..harap22 ada..;)..
jumpe lgi..

mY SliDE

Wednesday, 1 June 2011

kEM sPM

tahun ni aq last sekolah..hah..n kali ni aq hadapi kem utk spm..buat wktu cuti sekolah..mmg rasa malaz nak pgi..tp bila pikirkan ia penting,..

nasib baik pegi ..alhamdlh sepanjag 6 ari ni...byk perkara aq dapat...kpd di luar sana..kwn2..pegila..belum cuba belum tahu..byk info aq dpt.dr penceramah22 yg dtg..

membantu utk Spm..moga22.. starght a..11A1..dpt dicapai..degn dorongan kawna22..guru22..ibubapa..la..yg membuatkan lebih bersemangat..bez sgt kem ni..

walaupm kekurang asrama..selalu x de air..megjar erti susah..kan?..jgn byk mengeluh..Berkorban beljar NAMANYA JIHAD!!..WASLSM..JUMPE LAGI ..;)

sMs ..

SMS mengayat dari seorang lelaki yg bernama kekasih!! hati-hati !!!!

oleh Hamba Amar pada pada 02hb April 2011 pukul 2.26 ptg

Assalamualaikum..Moga kalian semua sentiasa di bawah naungan rahmat dan magfirahNya. Penulisan ini menunjukkan bahawa dengan hanya SMS kedua pihak boleh terjebak ke kancah penzinaan jika tidak mempunyai Iman yang kuat. SMS ini memang sengaja ditulis dengan penulisan seorang lelaki. Ceritanya memperlihatkan bagaimana seorang muslimat di'rosak' dengan mudah hanya dengan kata-kata manis!





**********************************************************



1. salam. Blh sy kenal awk? Sy tertarik dgn prwatakan sopan awk. Dah lama sy prhatikn awk. Awk dak baik n sy trtarik la dgn tudung labuh awk. Sy harap kite bleh brkenalan.. ukhuwah fillah org kate..sy x terer sgt arab ni…





2. Trima kasih krn mnerima sy. Sy akan try sedaya upaya sy mnjaga awk dan mgikut syariat. Sy tau sy bukan baik sgt, tp demi Allah, sy cuba buat yg trbaik utk awk…





3. Ingat tau, jaga aurat leklok..jgn bagi org lain nmpk..kuar ngan kwn2 tau.. jgn sorg2..blk contact sy ek..sy doakan awk selalu..





4. awak,nape x contact sy. Sy risau awk kuar lama2..ye..mmg sy xde hak pun..sy tau sy percaye awk, tp sy x tau la nk kate cmne. Kite slalu nmpk dari jauh je ek.Tp sy rasa awk mcm dkt je ngan sy. Mgkn ni org kate cinta kot, wak..awk cinta sy x? xnk bgtau.. tp sy tau awk cinta sy..awk da malu nk jln tmpt sy lepak sbb malukan?..kih3. .tq.. i love u too..





5. Wak,selain family, Allah dan rasulnyer.. awk sayang sape ek? Sape saya dlm hati awk?



6. Wak wak..dr kawan kite just pggl sy awk je..mcm x special plk diri sy utk awk. sy tringin gak nk jd cm room8 sy ni. Pggl syg.. bole ke? Awk pggl sy bi ek? Rasa mcm baby sket. X salah kan.. just panggilan je..thanks syg.. love u... ..



7. Yang. kekdang bi tgk syg ni mcm x prcaya bi je. Yela, bi just tanya syg pkai apa je kan .. tq ek gtau, mkin dalam pulak rindu kat syg ni... .hihihi..





8. Yang bi nak syg tau, sayanglah segalanya utk bi, syg la pmberi semangat utk bi... yang... ..bi harap bi ngan syg xde rahsia lagi ek.. jgn risau..inikan membuktikan bi caring.. so jgn risau..k..yeye. . bi janji kan jaga rahsia kite..just msg je kan..love u..papai.. mmuahh!



9. Syg..da lama kite msg, leh kite jumpe x? ye..ayang bwk la kawan2 k..tq yunk! i love u.... ..





10. Tq pggl bi ngan pgglan abg.. abg tggu lame da..abg tau..kite x leh pakse dlm hubungan..la iqra hafiddin..:senyum:. . sikit sikit je..kih3..





11. Hi syg, watpe 2? Nk ckp sket.. nape syg bwk satu battalion nak jumpa abg?... syg x caye kat abg eh.. :sedihnya:..





12. Syg..kite jumpe k?..abg suka syg pakai tudung yg abg beli tu..cam wardina lak..bkn syg x cntk.. just nmpk mkn cntk la..nipis sikit je.. nnt jumpa nnt syg bwk sorg dah la k..





13. Syg..abg sory ngan apa jd td.. abg trsentuh jari syg td.. Tol gak ckp syg eh, trsentuh xpe..TER.. :senyum:..makin tebal la pulak cinta abg kat syg..





14. Thanks jumpa td, syg cntk la.. Ololo..abg romantik sket pun salah ke? Ske abg romantik ek? :senyum:.. Eh, td jumpa abg da berani tenung abg ek..:senyum:.. tgk td kwn syg cam ske kat kwn abg je.. senang la kita jumpa pasni.. tgk..Allah memberkati hubungan kite.. syg solat dah ke? Doakan abg skali ek..miss u..





15. syg..just nk tanya.. syg cinta bg berapa percent? Apa tandanya eh? 50% je... :sedihnya:..yang. . just nk tanya..rambut syg panjang x? just thinking of u at the moment…





16. Td terbeli tudung pendek.. yg abg bg kat syg tu.. syg..bg la gmbr syg special untuk abg yg pakai tudung td 2.. Cntk nye syg..gambar ni nak wat wallpaper hp ngan kompter abg la..





17. Yang.. syg cintakan abg berapa percent? Sepenuh hati Thanks syg..love u too.. abg janji, abg akan jaga syg baik2 dan xkan tinggalkan syg...





18. Syg..da lame kita couple kan.. xkan abg pegang tgn pun nak marah.. Syg kan milik abg.. Thank 4 being understanding. .



19. Syg kata Syg cintakan abg sepenuh hati.. kalu gitu..apa buktinya Syg cintakan abg..?



SELEPAS ITU BARU BERMULA ZINA YANG SEBENAR...



**************************************************

**************

20. huh!... syg mengndung? tahu kat ne... cube check balik dgn doktor... xkan sekali buat dah mengandung, check balik k..





21. huh! btol la syg mengndung ni?? syg, utk kebaikan kita berdua, lebih baik syg gugurkan kandungan tu.. gugurkan k..





22. Nape plak xnak? xberdosa la klu bunuh benda yang masing xbernyawa.....gugurkan jelah!!! jgn buat masalah bleh x!!



23. xsakitlah!!! nape manje sangat ni! xkan bnda mudah cam tu pun xbleh buat..





24. sori syg, abg xbleh temankan syg ke klinik tu, abg malu klu terserempak dgn family or member, malu la abg klu diorg nmpak abg bwk syg dgn perut syg yg besar tu..





25. Ape!! RM 5,000?? kau yg mengandung... kau cari sendiri la duit nak gugurkan anak tu.. bukan masalah aku.. lantak kau la... bukan masalah aku jgak keluarga kau pulau kau.. kau tu yg bodoh!! kau ingat kau tu cantik sgt?? aku dah xingin kat kau!! pergi mmpos!





26. jgn kol n msg lg bleh x?!.. aku sbuk.. xde masa nk layan kau!...



27.(terputus hubungan)

- wanita itu mati akibat kegagalan proses penguguran..

- si lelaki mencari mangsa baru..

- dan kejadian terus berulang..



ITULAH KEBANYAKAN YANG TERJADI DI DUNIA KITA INI...



PESANAN DARI ADMIN: SESAL DAHULU PENDAPATAN SESAL KEMUDIA TIDAK BERGUNA LAGI



SEKIRANYA ADA SEDANG BER"COUPLE" ANDA MUNGKIN SEDANG MENGHAMPIRI KEPADA ZINA DAN SEKIRANYA LARANGAN ISLAM ANDA KETEPIKAN...ANDA MUNGKIN TIDAK MENGHIRAUKAN DOSA YG ANDA LAKUKAN DAN MAKSIAT YG ANDA LAKUKAN ITU...



OLEH ITU SEKIRA APA2 YG BERLAKU PADA DIRI ANDA...



JANGAN SALAHKAN AGAMA

JANGAN SALAHKAN KELUARGA

JANGAN SALAHKAN TAKDIR

JANGAN SALAHKAN SESIAPA...TATAPI



SALAHKAN DIRI SENDIRI KERANA ANDA SENDIRI YG MEMILIH JALAN INI IAITU JALAN KEHANCURAN DIRI...ANDA SENDIRI YANG MEMILIH JALAN GELAP...



INGATLAH...!!!



ALLAH S.W.T TIDAK MENZALIMI HAMBANYA AKAN TETAPI MANUSIA ITU YG MENZALIMI DIRINYA SENDIRI

Saturday, 21 May 2011

rAsUkAn

Sabtu..

wel..sperti biasa anda sume menemui sy disini yeah..!!

sehat?.mintax22 sehat ..jauh dr segala penyakit..minta dipermudahkan segala urusan sekalian..

sy nak berkongsi byk cerita..tp panjangla pulak..:)kita pendekkan ..

yeah..waktu tu aq berada di hostel..bila aq ingat..huh..takot..

8.00
aq sedang duduk dlm dorm...kedengaran suatu bunyi..dum!!!.aq tnya la rakan22 dlm dorm..ape yg berlaku..?.dia org hnya cakap..biarle..
bunyi lagi..aduh menggangu fikiran utk stdy..coz esoknya exam..heeheh
last2...aq keluar dr dorm..jenguk tingkat bawah..hostel aq nih bertingkat2..eheh
penat naik tangga..;)..tp nak wat cane..bila aq tgk..nampak de makhluk tgh angkat katil..(org).gaya org tgah rasuk..ramai jugak dak lain yg menonton aksi dia..
besenye lau berlaku kejadian mcm tu..ckgu ade dtg..tp x de.aq tnye lg kwan citela..ape yg berlaku?..rupany2..budak yg aku nampak tu (form 1)buat2.kene rasuk..kesnye,,cemburu gn kawna beknye..disukai gn rakan nye...
aq cube tnye slh seorang budak yg tinggal dlm dorm tu..
dia cakap...ckgu x layan ..penah berlaku kene rasuk pd dia..tp yg berlaku ni..x nampak mcm kene rasuk..

tu la baru form 1..sibuk22.bab cintan22..ni..hal kene rasuk pun ...cuba buat.amik iktibar drp cite sy ni..yek..

k la..ngantuk pulak ...;)..jumpa agi ..di hari akan dtg ..insyallh..di blog bunga lavendar ..;)bye2..

Thursday, 19 May 2011

sIfAt NaMa Saya.

aPa HiDUP ini?

Alhamdullah..syukur ke hadrat ilahi ..masih ada masa lagi utk aq ..coretkan di sini..

kepada sume sahabat2..masa berlalu..cpt je kan?..huhu..spti aq..sedar2..da nak habis exam..masa menanti ..saja.kdg2..terfikir..setiap hari rsa sama sahaja apa yg kita lakukan.pergi sekolah..pergi tuisyen.balik rehat..belajar..menjalani peperiksaan.

kepada diluar sana..pula..bekerja..berkahwin.berkeluaga memiliki cahaya mata..

selepas itu?

.apa hidup ini?.hanya melalui hari yg sama..

terfikir sejenak..

teringat aq kata 2 seorang profesor di radio ikim..slot tntg seseorang yg masuk islam..dia..yg dahulunya beragama buddha..kemudian..masuk islam..alhamdlh .hidayah dtg kepadanya..

kepada kita yg beragama islam.. apakah kita islam yg sebenar2nya..
apa kita tahu hidup ini utk apa?..aq cukup malu mendengar kata2 nya ..

sekalian..

sedangkan dia dahulunya bukan beragama islam..tapi kerana mahu mencari tuhan..segala buku agama dibaca,..apatah lagi kita?

beliau masuk islam sewaktu umurnya 15 tahun..cukup muda..cerita beliau..beliu amat tertarik akan pelajaran tntg tulang..(biologi)..lelaki kurang satu..drpd semua pelajar hnya 3 beragama islam..di sekolah beliau(sabah)..cuba bertnya kepada rakan yg beragama islam..

rupa2nya..ada kisah disebalik itu..Allah mencipta hawa dr tulang rusuk ADam..walupn agamya buddha..tp segala amalan22 jrg dilakukan..krn tidak yakin itu tuhannya..

sebelum meminati islam..beliau amat meminati kristian ..

apabila kaji lebih mendalam..agama yg sebenar islam..
apa segala dosa jesus akan ditanggung oleh sume..?
apakah benar jesus ada anak?..kenapa tidak melahirkan?..ttp mariam pula yg lahir..takkan sama jesus dgn manusia?.

soalan demi persoalan timbul..dan akhirnya terungkai..
beliau berkata..

walupn belum islam..tp beliau pdg ke langit..dan lakukan spti umat islam lakuakan..ya tuhan tunjukkanlah ku jalan yg benar..

sebak rasa..beliau yg x lahir beragama islam..tercari22..dan mereka tahu apa hidup ini?takkan hidup sesuatu yg membosankan setiap hari?

baru aq sedar ..hidup ini ..utk mdpat keredhaan..buat baik di dunia..di akhirat dpt bahagia..spti kata beliau...bykkan amal ibadat ..utk menampung diri.di akhirat..krn hnya amalan sahaja yg mampu membawa diri dr di azab..amin ..

sUperCAmp EXcEL

Kenangan paling indah sewaktu berada di sini..

ecah..anis..and len22..

Saturday, 14 May 2011

UcApaN bUaT GurU,,!!

Assalamualaikum..

salam pertemuan ku ucapkan..hari ini aq mahu ucapkan SELAMAT HARI GURU buat guru yg x jemu memberu ilmu kpd aq..dan bgitu juga buat bekas guru2..ku di sekolah lama..tidak lupa juga buat insan yg bergelar guru diluar sana..hehe..kpd yg msih beljar di maktab guru n len2..bakal bergelar guru..ku ucapkan juga..

sekalian..rakan2..jgn derhaka kpd guru ok?..sama kita derhaka kpd ibu bapa..jika hati seorang guru kita lukakan..hari yg mulia pd 16 ME1 hadiahkan mereka sesuatu yg mjdi kenangan kpd mrk yg selama ini mendidik kita..kalau x pun hadiah berbentuk barang..cukuplah suatu ucapan..SELAMAT HARI GURU..SERTA SEBUAH SENYUMAN..;)

Saturday, 7 May 2011

BaBY..EHHE

Ini semua cousin aq..ye kwan22..eheh.

Ini namanya ABQARI adik IFFAH SAKINAH heheh



heheh2 jejaka ni..
yg tengah senyum lebar nampak gg tu hehe HAIKAL ROZAL
manakala yg kecil tu adiknye..HAZIQ ROZAL
ehhe yg tengah bukan bukan kategori baby ya ahha



y bermata bulat ni IFFAH SAKINAH


hehe..tata berkenal-kenalanla

zOo .. Hehe

Pengalaman yg indah kan bila jalan2 ke ataupun beli belah ke . Srperti aq pergi ke zoo baru2 ini hehe. Ada pglman yg mencuit hati . Pasti sekalian nak tahu kan? Disaat sdg jalan2 aq tertarik melihat dua pasangan lantad aq pun pgila nak tgkp gmbr. Peach! Bunyi talifon ku berbunyi menandakan sudah siap tangkap. Tiba2 ibu saudaraku nencuit bahuku. Eh tu kura2 tgh bercinta ls yg g tangkap tu nape? Hahaha

JaMuan aq di MaAhad ;)

Hai.. Skrg pukul 9 pg. Aq teringat tentang jamuan kelas aq dimaahad. Masa tu form 3 mcm2 gelagat aq lihat. Ada yg sdg tangkap gmbar , makan
, minum, berborak dan mcm2 lg. Walaupun dikategori malu kmi sume tp haha . Selumber je. Itulah sahabat 2 ak dimaahad . Intan, su,aisyah,mrym, amanina,iera.. Rasa nak kembali ke zaman aq dulu. Hrp 2 pertemuan itu akan berlaku lg .hrp di masa akan dtg kan? Well kawan2 aq skrg di jp harap kita dpt mencipta lg sebuah kenangan . Buat aq hehe and sume . ;) happy


http://www.facebook.com/home.php#!/photo.php?fbid=1603454219171&set=t.100001515410221&type=1&theater


ni kelas 3 kindi dulu..;)


tenaga pengajar di MAAHAD..;)

eXAM mEI

Assalamualaikum ku ucapkan :) minggu dpan aku akan menjalani exam p2 huhu . Risau dibuatnya.. Pasti korang semua turut menghadapinya. Bangun2!study! But susah kan? Sperti aq jugak :) aq mahu lebih bersemangat!!

bUnGa lAvENDAR: TiTiPAN dOA..

bUnGa lAvENDAR: TiTiPAN dOA..: "Saat aq pulang dr kelas tambahan..aku dikejutkan berita nenekku sedang jatuh sakit.... Ku harap beliau kembali sehat..sedang berada di hos..."

TiTiPAN dOA..


Saat aq pulang dr kelas tambahan..aku dikejutkan berita nenekku sedang jatuh sakit....
Ku harap beliau kembali sehat..sedang berada di hospital..harap sekalian mendoakan beliau...pernah beliau berkata aq rasa nak mati...'panggil semua anak2 katanya',,,ibuku pernah menceritakan disaat sebelum kematian datukku pernah berkata begitu....

hanya doa dapatku titipkan....

WaHAI KaUM HawA

dtjukn KHAS kpd kaum HAWA:

saudariku ingtlh bhw KECANTIKAN BUKANnya untuk tontonan UMUM,ttpi hny untuk yg ber HAK shj yg blh MENONTON...SEDAR lh wahai saudari sekalian, PERSOALANnya:

ADAKAH kita ingin BERIkan sesuatu kpd ORG yg sgt3 kte SUKA,SAYANG,CINTA, bagai dgn sesuatu yg pernah digunakn/ ditonton oleh org lain terlebih dhulu??? Sudah semestinya kte ingin sesuatu HADIAH lain drp yang lain Bukan?,,,untuk di hadiah kn kpd seseorg yg paling kte SUKA,SAYANG,CINTA...bagai.

Diri ini bukan CEMBURU  dgn ANUGERAH yg tlh Dkurniakan ALLAH kpd kalian,,, ttp skdr bkongsi sdikit ILMU yg plu dsmpaikn kpd kalian, kaum ku yg sgt3 tggi DARJAT nya d'Cc ALLAH, Insya ALLAH Aamiiin...
Krn daku SEDIH melihat kalian, INSAN(pelupa) mgkn kalian tlupa dgn PERATURAN ALLAH, seperti mna yg tlh dFIRMAN kn ALLAH S.W.T dlm SURAH AN-NUR : 31

dsbbkn itu ingin ku mengingatkn BUAT diri ku sendiri jg serta saudari ku sekalian... dlm Firman ALLAH ini, PERTAMA sekali SUAMI kta yg ALLAH BENAR/HALAL kn bg nya utk mlihat AURAT kte, strusnya bru lh yg lain2 dnyatakan dlm FIRMAN-NYA itu...(FIKIR2 KAN & 'AMALkan, Insya ALLAH,Aamiiin...)<3   
P/S : 
  1. MAAF MELEBIHI 100000001 KEMAAFAN kpd kallian dgn coretan @ LUAHAN srta PERINGATAN ku ini terhadap kalian, TOLONG DO'A kn Daku DUNIA AKHIRAT,,,ini shj lah yg MAMPU untuk ku LAKUKAN demi SAHAM ku DI akhirat NANTI, & jg demi kebajikan  kalian di dunia & akhirat WALLAHU'ALAM...
2. "SELEMAH-LEMAH IMAN adalah HATI"

"PEREMPUAN - PEREMPUAN YANG KEJI UNTUK LAKI - LAKI YANG KEJI, DAN LAKI - LAKI YANG KEJI UNTUK PEREMPUAN-PEREMPUAN YANG KEJI (pula), SEDANGKAN PEREMPUAN - PEREMPUAN YANG BAIK, UNTUK LAKI - LAKI YANG BAIK, DAN LAKI - LAKI YANG BAIK UNTUK PEREMPUAN - PEREMPUAN YANG BAIK (pula). MEREKA ITU BERSIH DARI APA YANG DI TUDUHKAN ORANG. MEREKA MEMPEROLEH AMPUNAN DAN REZEKI YANG MULIA (SYURGA)"      ( AN-NUR : 26)

3. ALLAH MAHA PENGAMPUN LAGI MAHA PENYAYANG wahai saudariku sekalian...

uCaPaN PeMeRinTAH TenTANG HuKUm hUDuD

Ucapan Pemerintah tentg Hukum Hudud:-
Arab Saudi: "Tolak Hukum Yahudi, ambil hukum Islam"
Malaysia: "Tolak Hukum Islam, ambil Hukum Yahudi"

Mna 1 pilihan anda..fikirkan..

ReNUNGaN BerSAmA

♥♥(¯`'•.¸(¯`'•.¸*'*¸.•'´¯) ¸.•'´ ¯)♥♥
✿¸.•❤••❤•.¸✿¸¸Ø¨ِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِÙŠْـــــمِ¸¸✿¸.•❤••❤•.¸✿ ..

Buru kasih sayang ALLAH

Berpalinglah dari kepenatan memburu kasih syg manusia,tapi rebutlah kasih syg Allah.sayangilah manusia krn Allah,bkn bertujuan utk mendptkn kasih syg manusia,tp utk pengabdian diri kepada-Nya.Jika d sayangi,bersyukurlah...jika syg tdk dhargai,ingatlah Allah sentiasa menyayangimu.Allah akan lebih menyayangimu jika segala lakumu hnya krn mencari cinta-Nya."Adapun orang2 Beriman itu,amat sangat cintanya kpd Allah."(Al-Baqarah:165)

BaJU pEnGanTIN MaK ANdaM 1

ALUNAN suara Rihanna
menyanyikan lagu Umbrella
bergema memecahkan kesunyian
malam. Potong stim betul! Gangguan teknologi dari sapesape
entah tengah-tengah malam buta macam ni. Baru nak
masuk apa yang dibaca, terus hilang entah ke mana.
Skrin telefon bimbit dilihat. Kak Ana. Ada apa hal
akak sorang ni call aku memalam buta macam ni? Mesti ada
hal urgent yang memerlukan perhatian dengan segera. Kalau
tidak, jangan harap Kak Ana nak call adik terchenta. Setakat
main missed call memang selalu, setiap kali bila dia tak ada
kerja yang nak kena buat. Konon-konon katanya missed call
itu tandanya rindu. Rindu dekat adik akak yang sorang ni...
Ye la tu, Kak Ana....
Alunan suara Rihanna berhenti. Selang sesaat,
Rihanna menyanyi kembali. Sah. Ini mesti ‘Urusan Seri
Paduka Baginda’ yang penting, minta diambil tindakan sertamerta.
Panggilan dijawab.
“Leeya, apa kamu buat lambat bebenor jawab
telefon ni? Dah start cuti semester, kan? Minggu ni balik
Ipoh. Akak ada job nak kasi dekat kamu ni. Balik Leeya.
Jangan tak balik!”
Senafas Kak Ana mengeluarkan kata-kata.
Kemudian, terdengar suara tercungap-cungap macam orang
mengah disuruh menyanyi lagu Ziana Zain ber‘key’ tinggi
pulak.
Apa ke halnya akak aku yang sorang ni, Aleeya
berkata di dalam hati. Kalau iya pun ada perkara yang penting
sangat, cakaplah pelan-pelan. Ini sudah sama laju dengan
ERL KL Sentral ke KLIA, apa cerita! Apa yang sudah terjadi?
“Kak Ana. Assalamualaikum. Mana ni kak? Kalau
iya pun nak kasi job tergolek dekat adikmu ini, kasilah salam
dulu. Ni main redah aje. Apa kes ni Kak Ana? Call orang
memalam buta ni? Mengganggu konsentrasi orang mau studi
aje ni.” Turn Aleeya pula bukak mulut.
Kak Ana menarik nafas terlebih dahulu.
“Ye la Leeya. Kamu nak jawab telefon pun punyalah
lama bebenor akak ni tunggu. Akak ni dah la tengah kelibangkelibut
nak cari orang tolong cover kerja akak. Tetiba
terlintas kamu dalam kotak fikiran akak ni. Apalagi, teruslah
akak dail nombor kamu. Assalamualaikum adikku,” kata Kak
Ana lagi.
Bila sudah berada di dalam keadaan terdesak
sebegini, sesiapa sahaja yang terlintas, tak perlu ambil masa
nak fikir panjang. Main belasah ajelah!
“Cittt! Apa punya akak entah. Dah berjela-jela
mukadimah baru nak kasi salam. Ye kak. Waalaikumussalam.
Job apa akak nak suruh orang cover ni kak? Jangan-jangan
nak suruh orang jadi bidan terjun. Jadi mak andam.”
Aleeya cuba meneka. Tangannya menyelak-nyelak
nota yang berwarna-warni di tangan. Mana tahu, ada yang
boleh masuk. Sekurang-kurangnya tidaklah sia-sia sahaja
bersengkang mata sampai ke tengah malam.
Kak Ana yang aku kenali adalah bekas majikanku di
tempat kerja dahulu. Selepas habis SPM, di sinilah aku mula
bekerja sebagai pembantu kedai di butik pengantin milik Kak
Ana. Butik Seri Pengantin yang terletak di bangunan
kompleks membeli-belah Megoplex Ipoh.
Selepas gagal menempatkan diri di mana-mana
institusi pengajian tinggi awam yang ada di Malaysia, aku
terus mengambil keputusan untuk bekerja. Siapa yang tidak
kecewa apabila semua permohonan untuk menyambung
pelajaran di universiti tidak diterima. Kecewa beb!!! Sangatsangat
kecewa. Terasa macam sudah gelap masa hadapan.
Ikutkan memang result SPM aku tidak adalah
gempak mana pun. Tapi kira okeylah. Lebih dari cukupcukup
makan. Time tu rasanya terlalu banyak persaingan.
Result yang macam ni dia orang main pandang sebelah mata
aje kut. Ataupun pandang tak pakai mata. Tapi ada jugak
member-member sekolah yang result lebih kurang dengan
aku boleh pulak diterima masuk. Itu apa cerita? Siapa mahu
jawab kalau dibawa ke tengah? Macam manalah aku tak
kuciwa bangat. Tapi berbalik kepada takdir Tuhan, mungkin
bukan rezeki. Aku cuba positifkan diri sendiri.
Nak sambung studi tingkatan enam ambik STPM,
aku pulak tak nak. Bukan aku tak cuba belajar tingkatan
enam. Sudah dicuba sedaya upaya. Tapi belajar tingkatan
enam dalam aliran sains hayat memang tak boleh blah. Orang
kata, boleh pecah kapla. Memang semasa SPM aku belajar
aliran sains. Result subjek sains pun takat-takat lepas aje.
Sipi-sipi aje boleh lulus. Sudah jelas aku memang tak boleh
nak bawak subjek sains semasa di tingkatan enam itu. Silap
hari bulan, boleh kerinting rambut akibat terlalu stres
dengan subjek yang aku belajar di sekolah.
“Anak abah yang seorang ni memang kaya dengan
alasan. Kalau nak seribu daya. Kalau dah tak nak itulah,
seribu alasan pun dia boleh bagi. Tak pernah pun abah tengok
doktor-doktor kat hospital tu semuanya berambut kerinting
sebab stres belajar subjek sains. Tak ada pulak yang sakit jiwa
pun belajar sains.”
Itu yang abah pernah kata pada aku ketika aku
menyampaikan hajat di hati untuk berhenti sekolah. Anak
abah yang degillah katakan. Semedang (selalu) membantah
bila terasa tidak puas hati.
Abah, abah... Selalu sahaja menyuruh aku mengikut
setiap kemahuannya. Sehingga aku sendiri tidak boleh
membuat pilihan di dalam hidup ini. Ini Malaysia, negara
yang mengamalkan prinsip demokrasi. Sepatutnya aku boleh
pilih untuk jadi apa yang aku nak. Bukan sekadar menurut
membabi buta. Macam anak kecil yang setiap apa yang ingin
dilakukan perlu ditentukan oleh orang tua.
Aku memang sudah tidak berminat mahu
menyambung pelajaran di tingkatan enam. Lagipun alamalam
sains ini bukan minat aku. Langsung tidak cenderung
ke arah itu. Jika diikutkan benda yang paling aku minat
adalah untuk menjadi seorang wartawan surat khabar di
Malaysia. Pada aku pena wartawan itu mampu juga membuat
perubahan, baik di dalam masyarakat mahupun negara. Itu
yang aku inginkan. Tapi apakan daya. Itu cuma keinginan
yang seakan susah sahaja untuk aku capai. Untuk masuk ke
aliran sastera, mentah-mentah borang pertukaran jurusan
telah ditolak.
Akhirnya aku ambik keputusan untuk cabut dari
tingkatan enam. Abah dengan mak tak tau. Aku main cabut
aje dari tingkatan enam tanpa pengetahuan sape-sape pun.
Dari rumah, complete aku pakai baju seragam sekolah. Kain
biru turquoise dengan baju kurung putih. Tak lupa kasut
Pallas Jazz putih. Keluar rumah dengan penuh gaya kembang
hidung, ala-ala student cemerlang nak pergi menuntut ilmu,
tapi padahal aku jadi minah temberang yang melencong ke
tempat lain. On time pukul dua petang baru aku balik rumah.
Muka macam tak boleh blah, langsung tak rasa bersalah!
Konon-konon penat studi dalam kelas.
Rupa-rupanya penat tawaf satu shopping complex
yang ada dekat Ipoh tu. Mana shopping complex aku tak
pernah jejak. Boleh dikatakan semua shopping complex kat
Ipoh tu aku sudah masuk. JJ, Yik Fong, GM, Ipoh Parade. Itu
semua lubuk tempat aku melepakkan diri sementara nak
tunggu tamat waktu persekolahan. ‘Bapak segala jahat’ aku
dulu. Memang kurang asam betullah!
Dan nak dijadikan cerita, aku terkantoi dengan
abah. Sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke
tanah juga. Ingat lagi dalam memori otak ni macam mana
abah mengamuk sakan bila dapat tau yang selama ini anak
dara dia tak pergi sekolah, tapi pergi melepak entah kat
mana-mana. Apa yang aku masih ingat:
“Abah tak sangka Leeya boleh tipu abah sampai
macam ni. Abah bagi Leeya duit suruh pergi sekolah. Tapi
Leeya tergamak tipu abah hidup-hidup. Abah kecewa sangat
dengan perangai Leeya ni tau!”
“Leeya tak nak pergi sekolah, abah. Memang Leeya
tak boleh bawak subjek sains tu. Leeya nak kerja, abah.”
“Kerja apa yang kamu nak buat? Cakap Leeya,
cakap!!! Tak pergi sekolah satu hal. Kamu melepak kat pekan
Ipoh tu dengan mana-mana jantan. Tak tau malu ke?”
Baju Pengantin Mak Andam
Kalau nak tahu ini memang kes bawak fitnah.
Memang aku tak pergi sekolah. Memang aku melepak kat
pekan Ipoh. Tapi aku melepak kat pekan Ipoh tu sensorang.
Jadi lone ranger. Takde mana-mana jantan pun yang escort
aku. Sialan betullah mulut orang yang bawak cite ni.
“Mana ada Leeya melepak dengan jantan, abah.”
“Diam!!! Kamu pergi masuk dalam bilik kamu
sekarang. Pergi... sebelum abah hilang sabar.”
Tragis! Tragis peristiwa malam itu. Dek kerana
tembelang yang sudah pecah, akibatnya berbirat-birat sana
sini badan aku kena pelupuh dengan rotan. Tak cukup rotan,
tali pinggang pun turut sama hinggap ke belakang badan.
Nasib bukan tali pinggang ‘The Rock’. Bisa memang berbisa.
Sebotol minyak gamat Langkawi habis aku sapu kat badan
aku ni. Air mata dah habis aku keluarkan. Tak ada siapa pun
yang datang menghulurkan simpati. Sedihnya... Lebih sedih
daripada cerita sinetron Ratapan Anak Tiri.
Sebenarnya bukan tak ada yang bersimpati. Mak
nak tolong.
Tapi faham-faham ajelah. Abah tengah mengamuk
besar masa tu. Angin ribut taufan tengah melanda satu
badan. Tak ada siapa pun yang berani.
Adik-adik, lagilah! Semua duduk diam menikus
tengok abah yang tengah berapi tu.
Ini semua Si Din Mercun punya angkara. Mulut
cabul. Aku dapat mandat, suka-suka hati bagi kurnia dekat
orang. Memang kena aku labelkan mamat yang seorang ini
dengan gelaran Din Mercun. Sekali bercakap, berdentamdentum
macam bunyi mercun Gong Xi Fa Chai aje. Aku yang
tak tahan, Din Mercun kalau bercakap bukan main lagi.
Banyak yang auta dari fakta. Suka-suka hati mak ayah dia aje
cakap yang bukan-bukan. Sepuluh patah dia cakap, sebelas
tak boleh pakai. Kata aku melepak dengan jantan la, masuk
kelab malam la... Apa-apalah! Segala-gala yang keluar dari
mulut mamat yang seorang ni memang tak boleh pakai. Abah
pulak sewenang-wenangnya tanpa usul periksa main percaya
aje bulat-bulat.
Lepas kantoi dengan abah hari tu, aku hanya duduk
dekat rumah aje. Memang aku dah berhenti sekolah secara
rasmi. Abah tak tau nak kata apa. Aku nekad. Dekat tiga bulan
jugaklah abah boikot, tak nak layan aku. Tak nak bercakap
dengan aku. Tiga bulan tu jugaklah aku jadi penganggur
terhormat. Menambahkan bilangan belia menganggur di
kawasan perumahan aku. Nak buat projek tanam anggur kat
belakang rumah pun, tanah tak berapa nak ada.
Masa tu rasa diri dah jadi macam burung hantu aje.
Siang-siang aku tidur. Malam tolong abah dengan mak dekat
kedai makan. Kerja aku kat kedai cuma ambil oder, hantar
oder dengan cuci pinggan. Abah sengaja pakai cara kejam nak
mengajar aku. Satu sen pun dia tak bagi. Susahnya hidup jadi
orang yang papa kedana ni. Memanglah duit tak boleh
menjanjikan kebahagiaan. Tapi kena ingat jugak, yang duitlah
boleh buat kita kenyang. Yang boleh buat kita mendapatkan
apa yang kita inginkan. Sempit fikiran kalau duit tak ada
dalam tangan. Nak jolly frog dengan kawan-kawan pun tak
boleh.
Bila angin ribut taufan abah tu dah surut, aku
beranikan diri minta kebenaran untuk mencari kerja. Aku tak
boleh hiduplah kalau tak ada sen (duit) dalam purse. Fuh…
nasib baik abah kasi.
Dan... akhirnya, aku diterima bekerja di butik
pengantin milik Kak Ana, itu pun setelah direkomenkan oleh
jiran sebelah rumah aku yang mengatakan ada sebuah butik
di Megoplex nak cari pekerja.
Baju Pengantin Mak Andam
Kerja dengan Kak Ana best. Kepala dia pun best. Di
sini, macam-macam aku belajar daripada Kak Ana. Dari kerja
angkat mengangkat, menggubah hantaran, berjumpa
pelanggan, sehinggalah membantu Kak Ana mana yang patut
semasa majlis perkahwinan yang dikendalikan oleh Butik
Seri Pengantin. Pengalaman yang tidak mungkin dapat aku
lupakan. Setahun aku bekerja di butik Kak Ana sebelum
melanjutkan pelajaran di Politeknik Sultan Idris Shah.
Inilah kerja pertama yang aku lakukan dan aku
enjoy sangat kerja di butik pengantin Kak Ana. Ikutkan hati,
aku malas mahu sambung belajar lagi. Dengan jurusan yang
langsung aku tak minat dan tak pernah terfikir di kepala.
Tetapi aku terpaksa akur, tunduk mengalah bila
emak menggunakan taktik air mata memujuk aku untuk
terus menyambung pelajaran. Sampai bila nak jadi kuli
orang? Dengan berat hati, aku pun mengikut keputusan yang
emak dan abah dah tentukan. Aku positifkan dalam kepala
yang emak dengan abah buat itu semua untuk kebahagiaan
aku dan bukannya untuk menghancurkan hidup aku.
“Aleeya… Aleeya… Kamu dah tidur ke Cik Nurul
Aleeya oit?”
Terdengar suara ngomelan dari talian sebelah sana.
Aku tersentak. Lamunan pun terhenti. Apa keslah
aku ni? Tengah on the line pun boleh mengelamun sampai ke
langit. Memanglah aku ni dah penat sangat-sangat sampai
apa yang akak sorang ni cakap, masuk telinga kanan keluar
telinga kiri aje. Nota di tangan diletakkan di atas meja. Terus
aku merebahkan badan di atas toto yang sudah siap
terbentang. Hujung bantal dipintal-pintal.
“Ye Kak Ana. Orang ada, lah. Apa Kak Ana cakap
tadi? I beg your pardon?”
Areila Sahimi
He he he he… Habislah aku lepas ni kena sembur
dengan Kak Ana. Dah la kakak sorang ni paling pantang
dengan frasa ‘I beg your pordon’, ‘repeat please’, ‘apa dia
kak’… Ngeee… Katanya macam mana nak berjaya kalau
setiap arahan tu tak pernah nak diberi perhatian dengan
sebaiknya.
Ye la tu, kakakku. Banyaknya perkara dapat belajar
daripada Kak Ana. Sehingga perkara yang dirasakan remehtemeh
sebegini pun Kak Ana ambil kira jugak, Aleeya hanya
berkata di dalam hati.
“Kamu ni Leeya... Apa tadi akak menceceh sorangsorang
aje ke? Akak nak suruh kamu tolong cover akak ni.
Akak kena jadi mak andam dekat rumah orang kahwin di
tempat lain. Tolong ye, Leeya,” usul Kak Ana. Itu tujuan
utama Aleeya dihubungi malam-malam buta begini.
“Tak nak la kak. Orang tak pro. Karang customer
akak complaint. Tak mau. Tak mau.”
Aleeya cuba mengelak. Menolak sehabis mungkin.
Ada satu wayar dalam kepala Kak Ana dah tercabut
ke? hati Aleeya berkata-kata. Tak patut betul tolak kerja dia
dekat aku. Lagi malapetaka sebab aku langsung tak pernah
buat kerja yang disuruh itu.
“Alah Aleeya. Tolong la. Akak dah tak ada sape nak
mintak tolong ni...!”
Aleeya terfikir-fikir. Mencari-cari gerangan namanama
yang boleh diguna pakai untuk melakukan kerja Kak
Ana ini. Siapa lagi calon yang paling sesuai untuk menolong
Kak Ana yang tengah terdesak itu. “Rozy?”
Itu dia! Sekali petik sahaja. Rozylah yang paling
sesuai. Mamat kepit yang kadang-kadang berperangai macam
akak-akak jugak.

“Rozy kena cover majlis yang lain.”
Itu jawapan Kak Ana.
Tercekik rasanya Aleeya apabila mendengar jawapan
Kak Ana.
“Hamboi!!! Semua majlis orang kahwin dekat Ipoh
tu akak rembat sorang ke? Sampai Rozy pun kena cover kerja
akak jugak ni!” getus Aleeya.
“Business Leeya. Selagi boleh sapu, kita sapu
bersihlah. Tolong ek. Kebetulan pulak hari tu akak ada kerja
dekat Pulau Pangkor,” ujar Kak Ana sambil ketawa. Apalah
adik aku ni. Inilah namanya strategi orang business. Sapu...
jangan tak sapu!
“Haiseh... sampai ke tengah pulau pun akak belasah
jugak ke kak? Akak yang sapu bersih. Sekali dengan orang
dengan Rozy pun kena habuk ni apa kes, kak?”
“Tak ada kes la. Akak kasi job pun nak bising. Nanti
akak bayar la. Boleh buat top up duit belanja bulan ni,”
umpan Kak Ana.
Semalam pun dengan Rozy jenuh kawtim pasal
bayaran, baru Rozy boleh angguk kepala. Itu pun termasuk
elaun makan minum, duit minyak semua Kak Ana yang kena
tanggung.
“Berapa?”
Mata sudah mula bersinar-sinar. Masuk soal bayaran
ini yang tiba-tiba rasa bersemangat chayok-chayok nak mula
kerja ni, walaupun tau diri tak berapa nak mahir. He he he
he… Sungguh bermata duitan!
“Cittt! Boleh tak buat kerja dulu baru tanya upah?”
marah Kak Ana.
Rozy dengan Aleeya dua-dua sama! Kalau pasal duit,
memanglah tak menyempat-nyempat.

“Akak ni... Kenalah tau jugak. Jauh kak! Nak drive
dari Putrajaya balik Ipoh semata-mata nak tolong cover kerja
akak. Dah la tu, start dari majlis nikah, sanding, bertandang
bagai... semua kena cover. Upah pun kena sedap, Kak Ana.”
Demand sikit tak apa. Bukan Kak Ana tak mampu
nak bayar. Business butik pengantin diakan terkenal. Sekali
masuk beribu-ribu tu…!
“Ni sejak bila pandai demand soal upah ni? Jangan
risau. Buat kerja dulu. Siap keje akak kasilah upah dia nanti.
Tolong ek. Kalau Leeya tak tolong akak, siapa lagi akak nak
mintak tolong,” kata Kak Ana bernada sayu sedih pilu.
Dia dah mula dah! Kak Ana ni memanglah drama
queen. Suka buat sinetron sedih-sedih bagi aku simpati, lepas
tu terus setuju dengan cadangan dia tadi. Itulah akibatnya
kalau suka sangat tengok sinetron-sinetron dari seberang.
Cakap ajelah cerita apa pun yang ada kat dalam Astro Aruna
tu. Confirm. Kak Ana mesti tau. Siap boleh cerita balik.
Mana tidaknya, sambil attend customer, sambil
sketch design baju pengantin, sambil ambil measurement
pun, dia boleh pandang-pandang, jeling-jeling kat TV sematamata
tak nak terlepas tengok sinetron yang berlambaklambak
dalam Astro Aruna tu. Nasib baik tak pernah jadi kes
salah ambik measurement badan customer, tak pernah salah
design. Kalau tidak... wassalamu la Butik Seri Pengantin ni.
“Okeylah. Janji Kak Ana kena bayar best punya, ek?
Nasib baik orang tengah cuti semester. Dan-dan pulak secara
tak sengaja Jumaat tu cuti umum. Orang memang nak balik
Ipoh pun. Kalau tak sebab job yang Kak Ana nak kasi tu pun
memang orang nak balik Ipoh. Lama tak jumpa mak, abah,
adik-adik semua. Isnin orang cuti.”
“Cun sangatlah tu adikku.”

Girang kedengaran suara Kak Ana apabila Aleeya
bersetuju untuk membantunya.
“Alat-alat solek semua macam mana, kak?”
“Pakai Leeya punya.”
Gila! Apa Kak Ana fikir aku ni tauke butik pengantin
macam dia jugak ke? Yang simpan berlambak-lambak alatan
mekap. Aku ni kerja sebagai setiausaha. Pembantu peribadi.
Orang gomen. Bukan mak andam. Kes jadi mak andam ni
pun terpaksa merelakan sahaja. Bidan terjun. Niat nak tolong
Kak Ana. Agak-agak la sikit Kak Ana oiii…!
“Orang mana ada semua tu? Macam ni orang tak
nak tolonglah!”
“Ececeh… Sejak bila pulak adik akak yang sorang
ni cepat merajuk ni? Cepat sangat melatah. Guna Kak Ana
punyalah sayang. Leeya balik malam Jumaat, kan? Nanti,
sebelum balik rumah, singgah butik akak. Ambil semua
alatan mekap yang rasa nak guna, baju pengantin, aksesori
semuanya. Sebab hari Sabtu dengan hari Ahad akak dah
tutup kedai. Akak dah ada kat Pulau Pangkor, menguruskan
majlis resepsi tepi pantai ala-ala cerita omputeh tu.”
“Okeylah. Orang tau. Macam-macam la Kak Ana ni.
Dah la bagi tau last minute. Hari ni dah Rabu. Kena start
studi nak hias wajah pengantin start malam nilah jawabnya.
Alamatnya nak buat revision semester akan datang kena
postpone lagilah....”
He he he he he….
Terdengar suara Kak Ana ketawa.
Hatoiii!!! Ini yang tak berapa nak paham I am not
understand ni. Sejak bilalah cik adik sorang ni dah pandai
membebel macam ‘mak cik-mak cik ahli mesyuarat tingkap’.

“Apa gelak-gelak? Sukalah tu orang dah setuju nak
tolong dia!”
“Bukan tolong aje tau. Akak bayar tau. Bukan kerja
free tau. Semua ada upah tau!”
“Ye. Tau. Sedia maklum.”
“Kalau sedia maklum, bagus! Pergi studi. Majalah
Pengantin banyak kat dalam rak buku Leeya, kan? Studi sikitsikit.
Lepas tu suruh house-mate jadi model sekejap. Pinjam
muka dia orang jadi bahan eksperimen. Try mekap kat muka
dia orang. Bagi refresh balik kepala tu. Basic nak pakai
foundation macam mana, nak sapu blusher macam mana,
nak matchkan eye shadow macam mana, segala macam akak
dah pernah ajar dulu, kan? Yang lain just use your creativity
aje. Okey?”
“Ye, ye. Tau. Okey. Set Kak Ana. Line clear punya....”
“Good. Okeylah. Akak nak tidur ni. Penat kerja di
butik tadi. Nanti jangan lupa singgah butik akak. Ambik
barang-barang tu semua.”
“Okey. Jumpa malam Jumaat nanti. Dalam pukul
lapan malam orang sampailah. Orang bertolak dari Putrajaya
after office hours.”
“Deal! Babai baby. Assalamualaikum.”
“Waalaikumussalam.”
Talian dimatikan.
Haru blue jadinya. Kak Ana mintak aku tolong
cover kerja dia pulak dah... Dah lama aku tak buat kerja yang
dia suruh buat ni. Adoyaai… Sah-sah nak plan buat revision
untuk modul semester depan kena postpone. Kena studi
majalah Pengantin yang dah tersimpan elok dalam kotak
bawah katil ini. Husy… punya haru!

Isnin sampai Jumaat start dari pukul lapan pagi
sampai pukul lima petang. Itu pun kalau bos tak ada dekat
office baru boleh balik on time, tapi kalau bos ada alamatnya
pukul enam setengah petanglah baru boleh punch card
keluar office. Kerja... kerja… kerja....
Sabtu Ahad, orang sibuk beristirahat bercanda di
tepian pantai dengan famili menghiburkan hati, aku sibuk
masuk kuliah start dari pukul lapan setengah pagi sampai ke
petang ikut suka pensyarah terakhir nak bersyarah, baru
boleh balik rumah. Lepas tu, confirm penat. Confirm tak
larat. Layan TV sekejap. Lepas tu masuk bilik terus tidur. Nak
studi pun biasanya weekdays after office hourslah baru
berpeluang pegang buku. Itu pun kalau keadaan
mengizinkan. Buat kerja banyak berlambak-lambak kena
diselesaikan, alamatnya tak mengulang kajilah aku. Inilah
yang kena tanggung bila terpaksa jadi pekerja and at the
same time terpaksa jadi student. Baru masuk tahun kedua
bergelar part-time student Universiti Kebangsaan Malaysia,
hidup dah jadi kacau-bilau.
Tapi sekali dah melangkah, takkan nak patah balik?
Biar bersusah dahulu, senangnya kemudian. Ingat kata orang
bijak pandai. Orang yang berjaya adalah orang biasa, yang
berusaha dengan cara yang luar biasa untuk mencapai apa
yang dicita-citakannya. Manusia yang gagal itu adalah apabila
dia berhenti mencuba. Aku tak nak jadi orang yang gagal
dalam hidup. Cukup dulu sekali. Jangan biar sejarah dulu
berulang lagi.
Tapi, ini kes lain. Kak Ana buat spoil kasi haru. Baru
ingat nak bercuti honeymoon bersempena dengan cuti
semester, dah ada kerja kena buat. Cittt!!! Dah boleh dengar
‘Juruhebah Radio Taman Temara’ bersuara. Biasanya macam
inilah…

“Ate (habis tu), balik kampung tak pernah melekat
kat rumah. Hari ni jumpa orang ni. Esok jumpa orang ni
pulak. Hari ni jumpa Nana, esok Julia, lusa Kak Ana, tulat
Abab. Dah macam Senah Senator yang hidupnya sibuk
semedang... Bla... bla... bla... bla....”
Siapa lagi ‘juruhebah radio’ di rumah aku tu...
Emak akulah!
Abah relaks aje. Cuma kalau balik lambat tu,
berdesinglah telinga kena sound. Boleh cair tahi telinga kalau
dengar syarahan percuma daripada abah. Biasanya…
“Ushhh… dari orang dah jadi burung hantu ajer
ropernyer (rupanya). Malam baru ingat nak balik rumah.
Keluor tak nampak matahari, balik pun tak jumpa matahari
jugak. Nama ajer bercuti nak balik rumah mak abah, sampai
sini Kinta City tu jugak ler yang dah jadi macam rumah
nombor satu. Rumah mak abah jadi rumah nombor dua
kamu….”
Tadah ajelah telinga. Dah sendiri cari pasal. Buat
macam biasalah. Masuk telinga kanan, keluar telinga kiri.
Janji keluar rumah tak buat benda yang bukan-bukan. Cukup
time masuk waktu sembahyang, cepat-cepat pergi masjid
atau surau. Alah... shopping complex sekarang ni semua ada
surau. So, soal sembahyang memang tak ada hal punyalah.
Ayat biasa mak abah macam tu la.
‘Adinda-adinda’ku yang berdua tu pulak, dia orang
tak cakap banyak. Cuma sebelum keluar, dia orang akan
sampaikan amanat. Lebih kurang macam ni…
“Along nanti balik jangan lupa tapaukan apa-apa aje
ye… KFC ke, McD ke, Pizza Hut ke....”
Bila balik dah setia menanti macam satu hari tak
makan nasi kat rumah. Itu cerita ahli keluarga aku.

Hal Kak Ana ni tak settle lagi ni. Ngeee… Nak
mekap macam manalah nanti ni! Segala majalah dah habis
selak ni. Majalah Pengantin, Wanita, Remaja semua dah habis
selak. Tapi idea tak masuk jugak ni.
Nak mekap ala-ala masa Datuk Siti kahwin,
hmmm... Wah gitu!!! Advance extravaganza. Ha hah ha...
Belasah ajelah! Macam Kak Ana cakap tadi. Semua yang basic
dia dah ajar. Just use your creativity. Hentam sajalah laboo…
Janji nampak cantik.
Walaupun aku tak mungkin dapat ubah muka
pengantin tu nanti jadi macam Datuk Siti ke, Maya Karin
ke... tapi kalau berjaya ubah dari wajah yang biasa-biasa jadi
lain daripada yang biasa, kira okey la tu....
Tunggu dan lihat ajelah apa akan jadi nanti.

SeKiLaS PaNdAnG

SEKILAS PANDANG....'M.A.I.D'

HARI ini bagiku adalah hari yang sangat istimewa. Pertama sekali, sebab masuk hari ini genaplah sebulan aku bekerja di rumah Mr. F dan yang kedua, hari ini merupakan hari lahirku yang kedua puluh empat. Aku langsung tidak menyangka Mr. F yang garang macam harimau tu, baik jugak hatinya. Terkejut beruk aku semalam apabila jumlah wang dalam akaun Maybankku tiba-tiba menjadi banyak. Aku sengaja memeriksa baki dalam akaun semalam semasa keluar makan dengan Iman. Awal sehari rupa-rupanya gajiku masuk. Alhamdulillah. Terus aku memindahkan sejumlah wang ke dalam akaun mak. Kasihan mak, dah dua bulan tidak mendapat wang saku dari anak sulungnya ini.

Kemudian, aku terus menelefon mak semalam. “Assalamualaikum, mak.”
Terbayang wajah mak yang kurindui di ruang mataku.

“Waalaikumussalam.”

“Noorul dah masukkan RM600.00 dalam akaun mak. Nanti cek, tau,” kataku dengan gembiranya. Lega rasa hati bila terkenangkan bumbung rumah yang bocor boleh dibaiki pada bila-bila masa sekarang.

“Terima kasihlah Noorul. Kenapa banyak sangat?” tanya mak kehairanan.

“Gaji Noorul sekarang lebih sikit daripada gaji semasa kerja kat kilang kicap dulu, bolehlah bagi lebih sikit,”  ujarku.

“Ni, mak dengan Noorin nak ucapkan selamat hari lahir kat kamu. Semoga anak mak ni cepat bertemu jodoh.”

Hish, mak ni dari tahun lepas selalu kias-kias dengan aku suruh cepat-cepat berkahwin.

“Terima kasih, mak. Ingat jugak mak kat Noorul.” Sengaja aku buat nada sedih. Aku tersengih sendiri.

“Ya Allah... mak yang lahirkan kamu. Takkan mak lupa kut. Kamu ni...!”

Tinggi pula nada suara mak apabila mendengar aku cakap begitu. Aku terus ketawa mendengar kata-kata mak. Kalau aku ada kat situ, semestinya mak dah mencubit aku.

“Noorul saja aje cakap gitu,” kataku sambil ketawa kecil.

“Noorul, Mak Cik Leha dah selalu sangat tanya mak pasal kamu. Kamu memang tak ada perasaan ke dengan Si Asyraf tu?”

Nada suara mak serius benar ketika ini. Pertanyaan mak itu benar-benar mengocak ketenangan di dalam kolam hatiku.  Ah, berapa kali harus aku beritahu yang aku tak ada hati dengan Si Asyraf tu? Aku menggaru kepala yang tidak gatal.

“Mak, lain kali kita bincang pasal hal ni okey? Bateri telefon ni dah nak habis mak. Nanti Noorul telefon lagi ya. Assalamualaikum.”
Aku terus mematikan talian. Bukan aku tidak kasihankan mak, tetapi aku memang tidak ada perasaan langsung dengan Asyraf tu. Terpaksalah aku memutuskan talian dengan cara begitu. Rimasnya aku!
Hish, bila teringatkan perbualan aku dengan mak semalam, rasa tak sabar sangat nak balik kampung tetapi aku harus menyediakan satu set jawapan ketika mak bertanya tentang hasrat Asyraf dan Mak Cik Leha nanti.

“Apa yang kau menungkan tu?”

Lamunanku terhenti apabila ditegur oleh Iman yang baru keluar dari bilik. Kenapa Iman tak siap lagi ya? Hari ni bukan hari Khamis atau hari Ahad. Pelik jugak aku.

“Tak ada apalah Iman. Yang kau ni, tak pergi kerja ke hari ni? Hari ni hari Jumaat, kan?” tanyaku kepada Iman yang sedang membancuh air kopi.

“Aku saja ambil cuti. Nak rehatkan badan,” jawab Iman dengan selamba.

“Seronoknya... kan best kalau aku pun boleh cuti hari ni.”
Best memanglah best, tetapi tak dapatlah aku mendengar suara Mr. F nanti. Hatiku berkata-kata.

“Kau jangan nak mengada-ada Noorul. Baru aje sebulan kerja, dah fikir nak cuti. Jangan malas Noorul, nanti tak pasal-pasal kau kena pecat.”

Iman ni memang berpotensi untuk jadi seorang ‘mak nenek’ yang berjaya. Aku baru cakap aje, dia dah membebel.

“Kau ni Iman... aku cakap ajelah, bukan aku nak ambil cuti betul-betul pun.” Aku menangkis bebelan Iman itu. “Dahlah, aku nak gerak ni. Jumpa kau petang nanti ye.”

Jam menunjukkan pukul tujuh lima belas minit pagi. Aku menghirup air teh yang masih berbaki dan bangun dari kerusi.

“Tolong basuhkan cawan aku ye, Iman. Aku takde masa dah ni. Thank you my darling!” jeritku kepada Iman ketika menyarungkan kasut di muka pintu.

“Bertuah punya kawan! Naik motor tu elok-elok. Bye.” Iman yang muncul di ruang tamu bersama secawan kopi di tangan sempat lagi berpesan kepadaku.


TING! Tong!

Siapa pula yang datang waktu-waktu begini? Tak mungkin Mr. F kerana dia semestinya berada di pejabat sekarang. Aku terus menyarungkan tudung dan membuka pintu. Terkejut aku apabila terpandang wajah dua orang yang aku kenali muncul di muka pintu.

“Happy birthday to you, happy birthday to you, happy birthday to Noorul, happy birthday to you!”

Mr. Lee dan Iman terus masuk dan menyanyikan lagu selamat hari lahir kepadaku.

Iman membawa kek berserta piza Hawaiian Chicken kegemaranku dari Pizza Hut.

“Terima kasih Iman... thank you Mr. Lee.”

Aku benar-benar terharu dengan mereka. Aku terus memeluk Iman dengan erat. Ada air mata membasahi pipiku ketika ini. Aku ni memang senang mengeluarkan air mata, tidak kira masa gembira atau sedih.

“Haiya! Apa pasai you menangis? Sudah tak cantik la....” Mr. Lee mengusikku sambil ketawa kecil.

Aku hanya tersenyum. Sememangnya aku sangat gembira.

“Dah, potong kek ni Noorul. Jangan lupa wish tau,” kata Iman yang tersenyum manis sambil memberikan pisau pemotong kek kepadaku.

“Hah, cepat potong. Saya tak boleh lama... tak ada orang jaga di bawah tau,” kata Mr. Lee pula.

Aku dengan pantas memotong kek dan disusuli dengan tepukan daripada mereka berdua.

“Apa yang kau wish tadi?” tanya Iman kepadaku sambil tersenyum.

“Aku wish supaya cepat-cepat dapat jodoh,” selorohku sambil ketawa kecil.

Iman juga kulihat ketawa dengan jawapanku itu.

“Wa... you sudah mau kahwin ka? Jangan lupa jemput saya tau. Saya suka makan itu nasi kenduri.”

Kata-kata Mr. Lee itu disambut oleh ketawa besar aku dan Iman.
Aku terus memotong kek dan meletakkan dua keping piza ke atas piring kertas yang dibawa oleh Iman dan kuberikan kepada Mr. Lee. Aku tahu dia tidak boleh lama berada di sini dan makanan yang kuberikan itu akan dimakannya di dalam pondok pengawal nanti.

“Thank you! Thank you! Saya turun dulu ya,” pamit Mr. Lee sambil membawa piring kertas yang agak besar itu dan menuju ke arah pintu.
Ting! Tong!

Kami berpandangan sesama sendiri. Siapa pula yang datang? Takkan Mr. F kut? Mati aku!!!

“Hey! Berapa orang you jemput?” tanya Mr. Lee kepada Iman. Matanya kemudian dialihkan kepadaku.

“Mana ada siapa dah. Kita ajelah. Entah-entah Mr. F yang balik kut. Mati kita Noorul....” Itu sahaja ayat yang keluar dari mulut Iman.
Aku yang terasa seperti hendak pengsan saat ini pula terus membuka pintu dan sudah bersedia untuk kehilangan kerja buat kali kedua di dalam tahun ini.

“Assalamualaikum,” ujar lelaki di hadapanku.

Aku dan Iman berpandangan. Tidak, bukan Mr. F yang pulang. Lelaki ini adalah tetamu Mr. F yang kami nampak kira-kira tiga minggu yang lepas.

“Waalaikumussalam...” jawabku perlahan.
Habislah aku, pasti kawan Mr. F ni akan beritahu tentang kehadiran Iman kepada Mr. F.

“You siapa? Ini bukan rumah you, kan?” tanya Mr. Lee kepada lelaki itu.

“Bukan. Ni rumah Harris, abang saya.” Tenang lelaki yang masih berdiri di muka pintu itu menjawab pertanyaan Mr. Lee. Senyuman manis terukir di bibir.

“Oh, adik dia ka? Okey, Iman, Noorul. Saya turun dulu ya. Thank you tau bagi saya ini kek dan piza,” kata Mr. Lee dan terus keluar.
Aku dan Iman hanya mengangguk lemah.

“Jemputlah masuk encik,” kataku kepada lelaki yang berdiri di hadapanku.

“Tak perlu berencik-encik. Panggil aje Haikal atau kalau nak lagi mesra, Carl,” ujar Haikal sambil ketawa kecil. Dia kemudiannya melangkah masuk dan terus duduk di atas sofa.

Sekuntum senyuman diberikan kepadaku. Pelik betul! Yang si abang, mencuka aje mukanya. Yang si adik pula asyik tersenyum setiap masa.

“Kek hari jadi siapa ni?” tanya Haikal dengan penuh minat.
Iman yang dari tadi hanya diam terus bersuara. “Sebenarnya, hari ni hari lahir Noorul. Jadi, saya datang bawak kek ni untuk sambut hari lahirnya yang kedua puluh empat.”

“Oh, dua puluh empat tahun... muda dua tahun dari sayalah ni. Awak pun dua puluh empat tahun ya?”

Iman menganggukkan kepalanya.

“Encik, dia tak bersalah. Saya yang salah. Noorul tidak tahu apa-apa pun. Tolonglah jangan beritahu Mr. F. Mesti dia pecat kawan saya ni.” Tiba-tiba Iman merayu kepada Haikal.

Aku yang sedikit cuak hanya memandang ke lantai.

“Mr. F?” Haikal mengerutkan sedikit dahinya.

Aku menjeling geram ke arah Iman.

“Eh, salah... salah. Mr. H. H untuk Harris.” Iman berkata dengan agak gugup.

“Ye saya tahu, H untuk Harris. Tapi F pula untuk apa?” tanya Haikal dengan penuh minat.

“Takde apa-apa encik. Iman tersalah sebut huruf aje tadi.” Aku terus bersuara. Harap-haraplah lelaki ini percaya dengan alasanku.

“Okey, saya akan telefon Abang Harris dan beritahu tentang party ni sekarang kalau korang tak nak cakap apa maknanya F tu,” ugut Haikal.
Hish! Kejam betul!

“F untuk fussy,” jawabku perlahan.

Tidak kuduga dengan tiba-tiba, ruang bawah penthouse ini menjadi riuh dengan gelak ketawa Haikal. Aku dan Iman tersenyum lega.
“Abang Harris memang cerewet sikit tapi dia baik tau,” ujar Haikal sambil tersenyum. Tidak ada riak kurang senang di wajahnya.

Aku terus meletakkan sepotong kek ke atas piring dan kuberikan kepadanya.

“Terima kasih. Selamat hari jadi cik...?” Dia mengambil piring yang kuhulur kepadanya.

“Noorul,” jawabku sambil tersenyum.

“Awak pula?” Dia bertanya kepada Iman sambil menyuapkan kek ke dalam mulut.

“Iman,” jawab Iman sambil tersenyum. Pastinya Iman tidak menyangka adik Mr. F sebaik ini.

“Saya datang ni sekejap aje sebab saya nak ambil beg kat atas. Tak sangka pula dapat berjumpa dengan dua orang perempuan cantik kat sini,” kata Haikal sambil mengenyitkan matanya kepadaku.
Memang perilakunya jauh berbeza dengan Mr. F.

Seperti biasa aku dan Iman hanya tersenyum.

Tiba-tiba telefon bimbit Haikal berbunyi.

“Helo,” jawabnya.

“Dah. Carl kat Golden Palacelah ni. Cantiknya pembantu rumah along. Kenapa tak nak kenalkan awal-awal dengan Carl?”

Alamak! Janganlah dia beritahu yang Iman ada sekali dengan kami.
Tiba-tiba Haikal menyerahkan telefon bimbitnya kepadaku.

“Assalamualaikum.” Aku memulakan bicara.

“Waalaikumussalam. Adik saya datang untuk ambil begnya. Maaf, saya ada meeting tadi... jadi tak sempat nak beritahu. Lain kali jangan benarkan sesiapa pun masuk ke dalam rumah tanpa kebenaran saya. Saya juga akan maklumkan kepada awak kalau ada sesiapa yang hendak datang ke rumah ketika awak bekerja di masa hadapan.”

Panjang lebar Mr. F bercakap denganku hari ini. Rasanya inilah ayat yang paling panjang pernah keluar dari mulutnya sepanjang kami bercakap di telefon sebelum ini. Aku yang terlupa dengan kehadiran Iman dan Haikal tiba-tiba tersenyum gembira.

“Baiklah encik,” jawabku dengan pendek sambil memulangkan telefon bimbit kepada Haikal.

“Iyalah, nak gerak dah ni. Risau sangat along ni. Assalamualaikum.” Haikal mematikan talian sambil memandang ke arahku dan tersenyum lagi.

Memang ada iras Mr. F cuma bagiku, Mr. F lagi kacak kut.

“Risau betul Abang Harris tu sebab dia ingat saya berdua dengan awak aje. Takut kita kena tangkap basah kut,” katanya sambil ketawa.
Iman juga kulihat sakan bergelak ketawa dengan kata-kata Haikal itu.

“Okeylah, saya nak ambil beg kat dalam bilik Abang Harris sekejap,” katanya sambil berlalu.

“Pst... Noorul. Baik kan Haikal tu? Tak macam Mr. F,” komen Iman kepadaku sebaik sahaja Haikal hilang dari pandangan kami.

“Tapi Mr. F lagi handsome,” balasku sambil tersenyum.
Iman menjegilkan matanya.

“Handsome tapi perangai macam hantu, nak buat apa?” Sempat lagi Iman mengutuk Mr. F.

“Ala, kita tak kenal dia betul-betul lagi. Mungkin dia pun baik macam Haikal.”

Aku tidak tahu kenapa aku harus mempertahankan Mr. F setiap kali Iman berkata sesuatu yang buruk tentangnya.

Belum sempat Iman membidas kata-kataku itu, Haikal sudah pun turun ke bawah bersama dua buah beg berwarna hitam.

“Okey Noorul dan Iman, saya gerak dulu. Boleh saya tahu nombor telefon awak?” tanyanya sambil mengeluarkan telefon bimbitnya.
Aku benar-benar terkejut dengan permintaan lelaki ini. “Untuk apa ye, encik?”

“Senang kalau ada apa-apa hal nanti,” ujarnya selamba.

“Oh... 012-4145323.” Aku terus memberikan nombor telefonku. Takut pula kalau ada apa-apa hal nanti, tetapi dia boleh aje terus beritahu Mr. F, kan?

“Okey, saya gerak dulu ye. Assalamualaikum,” pamit Haikal dan terus menuju ke arah pintu.

“Waalaikumussalam.”

Kami menghantar Haikal hingga ke muka pintu.

Lelaki itu sempat melambai ke arah kami sebelum berlalu pergi.
Sebaik sahaja aku menutup pintu, kami terus menghabiskan kek dan piza yang dibawa oleh Iman.

Kemudian, Iman membantu aku melakukan kerja-kerja di dalam penthouse sambil bersembang-sembang atau lebih tepat lagi bergosip tentang Mr. F dan Haikal. Nampaknya Iman lebih sukakan Haikal daripada Mr. F dan tidak habis-habis dia memuji keramahan Haikal.

Aku pula masih tersenyum sendiri apabila mengenangkan aku dapat bercakap sebanyak dua kali dengan Mr. F hari ini.
Photobucket

mY WiSH

FaN BoX