Saturday, 2 July 2011

~Sifat-sifat wanita ahli syurga~

Siapakah wanita yang menjadi ahli Syurga? Apakah ciri-ciri atau sifat-sifat yang menjadi kunci

bagi wanita memasuki syurga? Sebuah hadis Nabi menyatakan: Daripada Anas, Nabi Sallallahu

Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud: "Apabila seorang perempuan mendirikan

sembahyang lima waktu, berpuasa sebulan (Ramadhan), menjaga kehormatan dan taat kepada

suami, dia akan disuruh memasuki syurga melalui mana-mana pintu yang dia sukai." (Hadis

Riwayat Ahmad) Menurut hadis di atas sekurang-kurangnya ia telah menggariskan empat

dasar atau sifat utama yang menjadi teras bagi seorang wanita muslimah memasuki syurga,

iaitu menunaikan kewajipannya kepada Allah dalam makna melaksanakan ibadah-ibadah yang

diwajibkan ke atasnya seperti sembahyang, puasa, dan lain-lain ibadah wajib yang mampu

dilaksanakan. Sebuah hadis menyebutkan bahawa sembahyang adalah perkara pertama yang

akan disoal di hari Kiamat. Daripada Abu Hurairah Radhiallahu Anhu, Nabi Sallallahu Alahi

Wasallam bersabda: "Sesungguhnya perkara yang pertama sekali dikira dari amalan hamba di

hari kiamat ialah sembahyang; sekiranya sembahyang itu sempurna, maka beruntung dan

berjayalah dia, dan sekiranya ia rosak, maka kecewa dan rugilah dia, kalau kewajipan fardhu

masih kurang, Allah berfirman: Lihatlah adakah amalan-amalan sunat untuk menyempurnakan

kekurangan tersebut. Demikianlah seterusnya dengan amalan yang lain" (Hadis riwayat at-

Tirmizi) Disamping menunaikan kewajipan kepada Allah, menunaikan hak dan kewajipan

kepada suami juga merupakan hal yang tidak boleh diabaikan oleh seorang wanita. Tertunainya

hak dan tanggungjawab suami barulah akan turun keredhaan dan rahmat Allah kepadanya. Menjaga kehormatan diri juga merupakan hal yang digariskan oleh hadis di atas. Antara hal-hal yang boleh diketegorikan dalam konteks menjaga kehormatan itu ialah mempunyai sifat pemalu, jika suaminya keluar dia akan menguruskan dan menjaga dirinya dan harta suaminya dengan amanah. Bila suaminya datang kepadanya dia akan menjaga mulut daripada menyebutkan perkataan yang tidak elok didengar. Sebuah hadis Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam menyatakan bahawa: "Sesungguhnya sopan santun dan keimanan adalah saling berkaitan, jika salah satunya dikeluarkan, yang satu lagi juga akan hilang serentak." (Hadis Riwayat Baihaqi) Maksud hadis ini ialah jika kesopanan atau sifat malu sudah hilang, iman juga akan hilang bersama-samanya. Betapa besarnya pengaruh antara kesopanan dan keimanan kepada diri seorang wanita itu, Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam menegaskan dengan sabda baginda: "Apabila sesesorang itu terlibat dengan penzinaan, ia bukan lagi seorang beriman, apabila seseorang itu mencuri ia bukan lagi seorang beriman, apabila seseorang itu meminum arak ia bukan lagi seorang beriman, apabila seseorang itu menyelewing setelah diberi amanah oleh orang lain ia bukan lagi seorang beriman, dan apabila seseorang diantara kamu menipu ia bukan lagi seorang beriman, oleh itu berjaga-jagalah!" Taat kepada suami merupakan satu lagi sifat wanita yang digambarkan oleh hadis yang dipaparkan di awal makalah ini. Taat kepada suami adalah tanggungjawab isteri yang wajib di sempurnakan. Sebuah hadis yang diriwayatkan oleh al-Imam Bazzar Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda: "Kamu sampaikan kepada perempuan yang kamu jumpa, bahawa taat kepada suami, dan mengakui hak-hak suami, sama pahalanya dengan berperang dan bertempur dengan musuh-musuh Islam di medan pertempuran, tetapi sedikit sangat daripada isteri-isteri yang menyempurnakan hak-hak suami mereka." (Hadis riwayat Al Imam Bazzar) Isteri adalah pusat dan sumber kebahagiaan dan ketenteraman di dalam sebuah rumahtangga. Ia perlu mempunyai sifat-sifat sabar dan perhatian yang sepenuhnya kepada suami dan juga anak-anak. Sikap inilah yang boleh mewujudkan suasana yang tenang, aman dan damai dalam rumahtangga. Dalam hal ini, para isteri sayugialah akan sentiasa bersikap baik kepada suami. Saidina Abu Bakar Radhiallahu Anhu meriwayatkan bahawa Rasullullah Sallallahu Alaihi Wasallam pernah bersabda: "Seorang wanita yang menyakiti hati suami dengan lidahnya, dia mendatangkan celaan dan kemurkaan Allah, para malaikat dan umat manusia." Selain itu, Saidina Ali Radhiallahu Anhu meriwayatkan sebuah hadis mengenai setiap isteri yang tidak menghormati status suaminya. "Wanita yang berkata kepada suaminya yang tidak melihat apa-apa kebaikan pada suaminya, Allah menghapuskan segala perbuatan baiknya selama 70 tahun, walaupun dia berpuasa selama itu siang hari dan bersembahyang pada malamnya." (Hadis Riwayat Imam Majah dan An-Nasai) Berdasarkan huraian ringkas di atas, para wanita semestinyalah mengamalkan sikap taat dan bertakwa kepada Allah, bertanggungjawab kepada suami dan menjaga kehormatan dirinya. Semoga dengan itu, akan mudahlah mereka mendapat rahmat dan keredhaan Allah. Rahmat dan redha Allah itulah yang akan menjamin kebahagian hidupnya di dunia dan di akhirat.

~Ciri-ciri Pakaian Wanita Islam~
Pakaian itu mesti-lah menutup aurat , sebagaimana yang di-kehendaki syrari'at Islam Tudung kepala, hendak-lah di-labuhkan sehingga ke-paras bawah dada. Bersarung kaki / berstokin untuk menutup aurat bahagian kaki. Pakaian tidak terlalu nipis, ketat dan sempit. Warna pakaian suram atau gelap seperti kelabu, hitam, biru tua, hijau tua. Tidak boleh berwarna-warni, berbunga-bunga menarik dan tabarruj. Pakaian tidak di-kenakan wangi-wangian , kecuali ketika bersama suami di-rumah. Tidak berhias-hias, bermake-up, bergincu bibir ketika keluar rumah, kecuali bersama suami di rumah. Juga tidak bergelang-jurai emas, ketika keluar rumah semacam hendak menunjuk-nunjuk. Pakaian tidak menyerupai kaum lelaki ataupun wanita kafir / musyrik. Jika keluar berjalan jangan-lah memakai kasut bertumit, sehingga berberbunyi keletok-keletok yang boleh mengganggu ketenteraman kaum lelaki. Jika berjalan , jangan di-lenggang-lenggokkan badan serta gaya berjalan yang juga boleh mengganggu ketenteraman kaum lelaki.

~Wahai Wanita~
Ketahui lah anda adalah tamsilan kepada keindahan, namun begitu anda jua adalah tamsilan kepada kerosakan & kemusnahan. Tuhan menjadikan wanita untuk menghiasi bumi ini. Tanpa wanita dunia ini terasa sempit & tidak seronok untuk didiami. kaum lelaki akan berasa rimas sebagaimana Nabi Adam A.S. pernah dilanda gelisah meskipun hidup dipenuhi kenikmatan di syurga. Lalu baginda memohon kepada tuhan agar dijadikan seorang teman agar boleh dia berbicara, bergurau senda & membina sahsiahnya. makan terciptalah Siti Hawa dari tulang rusuk kiri Nabi Adam A. S. & segala kenikmatan syurga disekeliling terasa wujud...
Tanpa Permaisuri siapakah lelaki yang digelar raja ,
Tanpa isteri siapalah lelaki yang digelar suami
Tanpa wanita siapakah lelaki yang mahu digelar pemimpin.
Tanpa perempuan siapakah lelaki yang digelar ayah...
Seorang wanita terutama yang bergelar isteri cukup mudah untuk memasuki syurga tetapi seorang wanita juga amat mudah dilemparkan ke neraka . segalanya bergantung kepada agamanya..
Lihatlah Peranan Wanita-Wanita Ini..
Tanpa Siti Khadijah , barangkali Rasulullah S.A.W. tidak mendapat 'dorongan' yang amat diperlukan untuk terus bangkit , berpegang teguh kepada keyakinannya & menyebarkan Islam sebagaiman semestinya.
Tanpa Aishah , barangkali banyak hadis Rasulullah S.A.W. tidak sampai kepada umat islam seluruhnya.
Tanpa Fatimah Az-Zahrah, barangkali Sayidina Ali tidak muncul sebagai menantu Rasulallah S.A.W. yang amat disayangi.
Tanpa Asiah, barangkali Nabi Musa A.S. tidak terbela hingga menjadi penentang kepada suaminya yang amat kufur & mengaku tuhan itu.
Tanpa Masitah , barangkali tidak terbukti betapa wanita boleh berpegang teguh kepada keimanan meskipun maut didepan matanya.
Tanpa wanita , siapalah lelaki kerana setiap lelaki datangnya dari perut wanita...
Lihatlah Pula Peranan Wanita-Wanita Ini..
Seorang wanita yang menjadi isteri kepada Nabi Nuh A.S. telah bertukar menjadi seorang penentang kepada kebenaran,
Seorang wanita di zaman permulaan Islam sanggup melapah dada Sayidina Hamzah & menguyah hatinya,
Seorang wanita tergamak meletakkan najis unta ke kepala Rasulullah S.A.W. Serta dalam sejarah manusia sejagat ramai wnaita menjadi pendorong kepada kemaksiatan, kekufuran, kehancuran & kemusnahan lelaki.

No comments:

Post a Comment

Photobucket

mY WiSH

FaN BoX